Kerajaan memperkenalkan Cermat Madani, satu inisiatif baharu yang menawarkan rebat tambahan sehingga 10% kepada pemilik kenderaan yang memperbaharui insurans motor melalui aplikasi MyJPJ. Bagi ramai pemandu, ini boleh menjadi peluang untuk mengurangkan sedikit kos pemilikan kenderaan tahunan, terutama bagi mereka yang sudah menikmati Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) yang tinggi.
Rebat tambahan ini diberikan di atas NCD sedia ada. Sebagai contoh, pemandu yang sudah menikmati NCD maksimum sebanyak 55% berpotensi menerima jumlah diskaun keseluruhan sehingga 65%. Sepanjang tempoh pengenalan program, iaitu dari 9 Jun hingga 9 September 2026, semua pemandu yang memperbaharui insurans melalui MyJPJ akan menerima rebat tambahan tersebut secara automatik tanpa mengira rekod pemanduan mereka.
Selepas tempoh itu, kelayakan untuk menerima rebat akan ditentukan melalui sistem penilaian risiko berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan data rekod pemandu daripada pangkalan data MySikap. Penilaian tersebut akan mengambil kira faktor seperti saman trafik dan rekod kemalangan berdasarkan data yang diintegrasikan daripada JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dengan kata lain, tabiat pemanduan anda mungkin akan memberi kesan secara langsung kepada jumlah diskaun yang boleh dinikmati ketika memperbaharui insurans.

Gambar: Bernama/Facebook
Walau bagaimanapun, tiada had tetap atau jumlah saman tertentu yang secara automatik menyebabkan seseorang hilang kelayakan untuk menerima rebat. Kadar rebat yang ditawarkan akan ditentukan oleh syarikat insurans yang mengambil bahagian berdasarkan penilaian risiko masing-masing. Buat masa ini, hanya rekod daripada JPJ dan PDRM akan diambil kira, manakala saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak termasuk dalam penilaian.
Setakat pelancarannya, sebanyak 10 syarikat insurans telah menyertai program Cermat Madani. Jadi, jika tempoh pembaharuan insurans anda semakin hampir, mungkin anda boleh mempertimbangkan pembaharuan melalui MyJPJ bagi menikmati rebat tambahan yang ditawarkan.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi