Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada edisi sulung Yalla Commerce, sebuah sidang kemuncak e-dagang antarabangsa yang menghimpunkan pengasas perniagaan, pelabur, platform digital dan pemimpin industri dari Malaysia serta Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Acara yang diasaskan di UAE itu akan berlangsung pada 11 Ogos 2026 di Nexus, Connexion Conference & Event Centre, Kuala Lumpur, dan dijangka menarik kira-kira 1,000 peserta dari pelbagai negara.
Fokus Kepada Cabaran dan Peluang E-Dagang Masa Kini
Penganjuran Yalla Commerce hadir ketika industri e-dagang berdepan pelbagai cabaran baharu termasuk peningkatan kos operasi, perubahan tingkah laku pengguna, cabaran logistik global serta kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam perniagaan.
Antara topik yang dijangka dibincangkan termasuk:
- Penggunaan AI untuk mengurangkan kos operasi
- Strategi pemerolehan pelanggan ketika kos pengiklanan meningkat
- Perubahan psikologi pengguna digital
- Sistem pembayaran dan logistik yang lebih cekap
- Pengembangan perniagaan ke pasaran luar negara
- Persediaan syarikat untuk mendapatkan pelaburan dan berkembang pada skala lebih besar
Melalui sidang kemuncak ini, peserta berpeluang mendapatkan pandangan daripada pemimpin industri mengenai cara mengadaptasi teknologi baharu, meningkatkan kecekapan operasi dan meneroka peluang pasaran antarabangsa.
Peluang Untuk Pengasas dan Pemilik Perniagaan
Yalla Commerce diwujudkan bagi membantu pengasas dan pengendali perniagaan e-dagang mendapatkan akses kepada peluang pertumbuhan, pelaburan dan kerjasama strategik dalam pasaran yang semakin kompetitif.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yalla Commerce, Arfa Hussain, Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama kerana negara ini mempunyai salah satu ekosistem e-dagang yang paling aktif dan berkembang pesat di Asia Tenggara.
Selain sesi ucaptama dan perbincangan panel, acara ini turut menampilkan bengkel praktikal, sesi padanan perniagaan (business matchmaking), aktiviti rangkaian profesional dan pelbagai aktiviti interaktif bersama jenama serta rakan industri.
Harga Tiket Yalla Commerce 2026

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Yalla Commerce 2026, penganjur menawarkan beberapa kategori pas dengan harga berbeza mengikut tahap akses yang diberikan.
Entry Pass
- Early Bird: RM149
- Harga Pelancaran: RM249
- Harga Akhir: RM349
Pas ini memberikan akses ke sidang kemuncak, sesi keynote utama, zon pameran dan aktiviti awam terpilih. Ia sesuai untuk peserta yang ingin mengikuti sesi utama serta membina rangkaian asas dalam industri.
Standard Pass
- Early Bird: RM449
- Harga Pelancaran: RM699
- Harga Akhir: RM899
Selain semua akses dalam Entry Pass, pemegang Standard Pass turut menerima akses ke bengkel pengasas, sesi khas UAE Gateway, tempat duduk khas, daftar masuk keutamaan dan makan tengah hari rangkaian premium.
VIP Pass
- Early Bird: RM1,499
- Harga Pelancaran: RM1,999
- Harga Akhir: RM2,999
VIP Pass menawarkan akses yang lebih eksklusif termasuk zon tempat duduk VIP, makan tengah hari rangkaian VIP, akses ke lounge pelabur, sesi rangkaian tertutup bersama pengasas dan pelabur serta peluang perkenalan strategik dengan pemain industri.
VVIP Pass
- Jemputan Sahaja (Invite Only)
Pas ini dikhaskan untuk pembuat keputusan peringkat tertinggi, wakil kerajaan, pelabur serta pemimpin ekosistem perdagangan digital dan e-dagang.
Pendaftaran Dibuka Mulai 10 Jun
Pendaftaran Early Bird akan dibuka bermula 10 Jun 2026, dengan hanya 300 pas awam ditawarkan untuk edisi pertama acara tersebut.
Selepas Kuala Lumpur, Yalla Commerce turut merancang untuk mengadakan siri acara seterusnya di Singapura, Arab Saudi, Qatar dan Dubai bagi membina rangkaian komuniti e-dagang yang lebih luas di peringkat serantau.
Maklumat lanjut mengenai acara dan pendaftaran boleh didapati melalui laman web rasmi Yalla Commerce.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

F1 Berpotensi Kembali ke Sepang Sebagai Perlumbaan Ganti Susulan Konflik Di Timur Tengah
Tirai Sukan Komanwel Glasgow 2026 Dibuka Secara Rasmi, 59 Atlet Galas Cabaran Malaysia
CelcomDigi Raikan 20 Juta Pelanggan Menerusi Mega Gegar 20 Juta – Hadiah RM20 Juta Menanti!
Japan Expo Malaysia 2026 Satukan Budaya, Pelancongan Dan Hiburan Jepun Di KLCC
Run For Tigers 2026: Sertai Larian 5KM dan 10KM Sambil Membantu Usaha Pemuliharaan Harimau Malaya
Jalan Raja Ditutup Hampir Seminggu, Ini Senarai Jalan Yang Terlibat Sempena Citrawarna 2026