Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 11 Jun hingga 17 Jun 2026 dikekalkan tanpa sebarang perubahan berbanding minggu sebelumnya.
Menurut MOF, keputusan itu dibuat selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) berdasarkan pergerakan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.
Walaupun harga bahan api kekal stabil minggu ini, kerajaan memaklumkan tanggungan subsidi bahan api masih berada pada tahap yang tinggi. Berdasarkan harga pasaran semasa, subsidi RON95 dan diesel diunjurkan mencecah sekitar RM3.5 bilion sebulan, dengan kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk subsidi RON95 dan RM1.5 bilion bagi subsidi diesel.
Senarai Harga Runcit Bahan Api (11 – 17 Jun 2026)
Harga berikut berkuat kuasa mulai Khamis, 11 Jun 2026:
- RON97: ➡️ Kekal pada RM4.35 seliter
- RON95 tanpa subsidi: ➡️ Kekal pada RM3.72 seliter
- RON95 bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99 seliter
- Petrol bersubsidi (SKPS): ➡️ Kekal pada RM2.05 seliter
- Diesel Semenanjung Malaysia: ➡️ Kekal pada RM4.67 seliter
- Diesel bersubsidi (SKDS): ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter
- Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter
Harga ini akan berkuat kuasa sehingga Rabu, 17 Jun 2026.
Tanggungan Subsidi Masih Tinggi
Walaupun harga minyak mentah Brent kini berada sekitar AS$90 setong, kerajaan menjelaskan tanggungan subsidi berdasarkan harga pasaran semasa masih tinggi dan memerlukan perbelanjaan yang besar setiap bulan bagi memastikan rakyat terus menikmati harga bahan api yang lebih rendah.
Kerajaan turut menegaskan bekalan petroleum negara ketika ini berada dalam keadaan stabil dan mencukupi hasil perancangan bekalan yang telah dilaksanakan bagi tempoh jangka panjang.
Pendekatan subsidi bersasar dan pengurusan bekalan yang berterusan dilihat penting bagi memastikan sektor-sektor utama negara dapat terus beroperasi dengan stabil dalam keadaan pasaran global yang masih mencabar.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Pengguna BNPL Di Malaysia Cecah 8 Juta Akaun, Baki Terkumpul RM5.3 Bilion Pada Suku Pertama 2026
LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Bersepadu Lengkap Dengan Bas, Rel Dan Shuttle
Masih Belum Buat Keputusan? Anda Ada Sehingga 31 Ogos Untuk Opt Out Skim Lindung 24 Jam PERKESO
Leapmotor APP Penang Open 2026 Himpunkan Lebih 1,200 Pemain Di Gurney Drive
Harga Minyak 16–22 Julai 2026: RON95 Dan Diesel Naik Minggu Ini, RON97 Kekal RM4.00 Seliter
Pengguna Gemini Di Malaysia Meningkat Dua Kali Ganda, Tertinggi Untuk Penjanaan Imej Di Asia Tenggara