Lepak Raya Dengan Serumpun Raya Bundle J.CO, 3 Minuman Hanya RM30
Musim perayaan selalunya lebih bermakna bila dapat luangkan masa bersama orang tersayang. Sama ada untuk berbuka puasa, moreh atau sekadar lepak santai, minuman yang sedap memang jadi pelengkap suasana.
Untuk melengkapkan momen ini, J.CO tampil dengan Serumpun Raya Bundle, menawarkan 3 minuman hanya RM30 untuk dinikmati bersama.
Pilihan Minuman Popular, Sesuai Untuk Semua Selera
Apa yang membuatkan promosi ini lebih menarik adalah pilihan minumannya yang pelbagai dan sesuai untuk pelbagai citarasa. Anda boleh pilih sama ada ingin minuman kopi klasik, minuman coklat atau pilihan yang lebih creamy dan manis.
Antara pilihan yang ditawarkan termasuk:
- Hot/Iced Cafe Latte
- Jcoccino
- Mocha Espresso
- Tiramisu
- Chocolate
- Green Tea Latte
- Iced Brown Sugar Latte
- Iced Spanish Latte
Ini bermakna dalam satu bundle, anda boleh campur dan padankan minuman mengikut selera setiap orang.
Namun begitu, semua minuman adalah dalam saiz Due sahaja, jadi perlu diingat bahawa ianya tidak boleh dinaik taraf.
Tempoh Terhad Melalui Walk-in Sahaja
Promosi ini hanya berlangsung untuk tempoh yang sangat terhad iaitu:
- 21 hingga 23 Mac 2026 sahaja
Selain itu, tawaran ini hanya tersedia untuk walk-in di outlet J.CO Malaysia, jadi anda tidak boleh menebusnya melalui delivery atau mana-mana aplikasi.
Antara syarat lain yang perlu diambil perhatian:
- Tidak sah bersama promosi lain
- Hanya untuk minuman terpilih sahaja
- Tertakluk kepada terma & syarat tambahan
Secara kasar, harga minuman J.CO biasanya sekitar RM10–RM15 setiap satu. Jadi dengan 3 minuman RM30, anda boleh menikmati sedikit penjimatan, lebih-lebih lagi jika berkongsi dengan rakan atau keluarga.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman media sosial rasmi mereka di Facebook (J.CO Donuts & Coffee, Malaysia) atau Instagram (@jcomalaysia).
Nak dapatkan maklumat berita, promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
