Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50% kepada pengguna kenderaan persendirian (Kelas 1) sebagai langkah mengurangkan kos perjalanan pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.
Inisiatif ini diumumkan menerusi kenyataan media oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia selaras dengan usaha kerajaan membantu rakyat sepanjang musim perayaan.
Tarikh dan Masa Diskaun Tol
Diskaun ini diberikan selama dua hari, iaitu:
- 18 Mac 2026 (Rabu), bermula 12:01 pagi
- 19 Mac 2026 (Khamis), berakhir 11:59 malam
Sepanjang tempoh ini, pengguna lebuh raya hanya perlu membayar separuh daripada kadar tol biasa.
Laluan Terlibat dan Pengecualian
Diskaun 50% ini melibatkan semua kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lokasi, kecuali:
- Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor
- Plaza Tol Tanjung Kupang (Linkedua)
Selain itu, di Jambatan Pulau Pinang, pelaksanaan diskaun tol adalah melibatkan:
- Kenderaan Kelas 1 dan Kelas 2 sahaja
Kenderaan berat tidak termasuk dalam pelaksanaan ini.
Perancangan Perjalanan dan Tips Keselamatan
Kementerian Kerja Raya Malaysia menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik.
Pengguna juga digalakkan menggunakan:
- Aplikasi TuJu Navigasi Lebuh Raya LLM
- Aplikasi MyPLUS-TTA
Selain itu, orang ramai boleh menyemak status trafik semasa melalui saluran rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia seperti Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), X (@LLMtrafik) dan TikTok (@llmtrafik), atau hubungi talian 1-800-88-7752 untuk maklumat terkini.
Nak dapatkan maklumat berita, promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Samsung Umumkan Kenaikan Harga Galaxy A07 Dan Galaxy A17 Di Malaysia
F1 Sah Kembali ke Malaysia, Litar Sepang Dipilih Sebagai Tuan Rumah Grand Prix Bahrain 2026
KTMB Sediakan Tren Tambahan ETS Dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru Sempena PRN Negeri Sembilan
Khairul Aming Hantar Surat Tuntutan Kepada Maxis Susulan Kebocoran Data, JPDP Turut Buka Siasatan
Harga Minyak 23–29 Julai 2026: RON97 Dan RON95 Naik 20 Sen, Diesel Naik 35 Sen Minggu Ini
Apple Naikkan Harga Apple Music di Malaysia, Pelan Individu Kini RM17.90 Sebulan