June 11, 2026

KyoChon Sambut Ulang Tahun Ke-35: Nikmati Sehingga 20 Ketul Ayam Percuma Jika Sama Tarikh Lahir!

kyochon

Sempena ulang tahun ke-35, KyoChon Chicken Malaysia mengadakan promosi istimewa yang membolehkan pelanggan menikmati sehingga 20 ketul Wingette dan Drumette secara percuma.

Promosi ini berlangsung dari 13 hingga 20 Mac 2026 dan terbuka kepada pelanggan yang makan di restoran (dine-in). Menariknya, jumlah ayam percuma yang anda dapat bergantung kepada padanan tarikh lahir anda dengan ulang tahun KyoChon iaitu 13 Mac 1991.

Jika ada padanan, anda boleh menikmati hidangan ayam percuma dengan hanya membuat pembelian makanan dine-in.

Sama Tarikh Lahir Dengan KyoChon, Dapat Sehingga 20 Ketul Ayam Percuma

Untuk mendapatkan ayam percuma ini, anda hanya perlu mempunyai tarikh lahir yang hampir sama dengan KyoChon, iaitu 13 Mac 1991. Lagi banyak padanan, lagi banyak ayam percuma yang boleh dinikmati.

Berikut ganjarannya:

  • 3 padanan (13 / Mac / 1991) → 20 ketul Wingette dan Drumette percuma
  • 2 padanan → 12 ketul percuma
  • 1 padanan → 8 ketul percuma

Contohnya, jika tarikh lahir anda mempunyai 13 atau Mac atau tahun 1991, anda sudah layak untuk sekurang-kurangnya mendapatkan 8 ketul ayam percuma.

Namun, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan (IC) untuk pengesahan tarikh lahir semasa menebus promosi ini.

Tiada Padanan Tarikh Lahir? Masih Ada Ayam Percuma!

Jika tarikh lahir anda tidak mempunyai sebarang padanan dengan 13 Mac 1991, anda masih berpeluang menikmati ayam percuma.

Setiap hari sepanjang tempoh promosi, 35 pelanggan pertama yang makan di restoran akan menerima 4 ketul Honey Wingette & Drumette secara percuma.

Namun tawaran ini terhad kepada 35 pelanggan pertama setiap hari sahaja, jadi anda digalakkan datang lebih awal untuk menebus.

Tempoh Promosi dan Syarat Penting

Promosi ulang tahun KyoChon ini berlangsung dalam tempoh berikut:

Tarikh promosi: 13 – 20 Mac 2026

Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian:

  • Sah dengan sebarang pembelian makanan dine-in
  • Hanya satu promosi boleh ditebus bagi setiap transaksi
  • Tidak boleh digabungkan dengan promosi atau diskaun lain
  • Tertakluk kepada stok tersedia
  • Hanya di cawangan KyoChon yang mengambil bahagian
  • Harga menu mungkin berbeza di cawangan Miri

Promosi ini memang menarik terutama jika tarikh lahir anda mempunyai sekurang-kurangnya satu padanan kerana anda boleh mendapat 8 ketul ayam percuma hanya dengan pembelian dine-in biasa.

Jika anda memang peminat KyoChon, ini boleh jadi peluang baik untuk menikmati ayam kegemaran sambil meraikan ulang tahun mereka.

Untuk maklumat lanjut, lawati media sosial mereka di Facebook (KyoChon Malaysia) dan Instagram (@mykyochon).


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp