Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengumumkan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan atau kenderaan berat di jalan raya selama empat hari menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti. Larangan ini akan dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 19 dan 20 Mac 2026, iaitu sebelum Hari Raya, serta 28 dan 29 Mac 2026 selepas perayaan.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pelaksanaan Road Ban ini dibuat susulan peningkatan ketara jumlah kenderaan persendirian di jalan raya sepanjang musim perayaan. Dalam tempoh ini, ramai rakyat Malaysia dijangka pulang ke kampung halaman, sekali gus menyebabkan aliran trafik menjadi lebih sesak berbanding hari biasa.

Anthony Loke memaklumkan bahawa keputusan melaksanakan larangan ini mengambil kira faktor keselamatan pengguna jalan raya. Menjelang Aidilfitri, negara sering menyaksikan peningkatan kemalangan jalan raya yang berpunca daripada kecuaian serta kegagalan merancang perjalanan dengan baik.
Disebabkan itu, pengurangan pergerakan kenderaan berat di lebuh raya dan jalan utama dilihat dapat membantu melancarkan aliran trafik, selain mengurangkan risiko kemalangan ketika tempoh puncak perjalanan balik kampung dan pulang semula ke bandar selepas cuti Raya.
Pemandu juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi had laju, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, dan tidak memandu dalam keadaan letih. Bagi pengguna jalan raya, pengumuman Road Ban ini wajar diambil maklum lebih awal, khususnya untuk syarikat logistik dan pemandu kenderaan barangan yang terlibat.
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi