Menu

Promosi Memang Best Deals Marrybrown: Pilih Set Ayam Goreng, Burger atau Wrap Hanya RM9.99

Alyaa 4 months ago

Waktu makan tengah hari selalunya jadi masa paling mencabar untuk cari makanan yang mengenyangkan dengan harga mesra bajet. Jika anda sedang mencari lunch murah bawah RM10, Marrybrown kini menawarkan promosi menarik yang boleh jadi pilihan.

Melalui kempen “Memang Best Deals”, anda boleh menikmati set makanan tengah hari pada harga RM9.99 sahaja di Marrybrown terpilih di seluruh Malaysia.

Promosi ini sesuai untuk pekerja pejabat, pelajar atau sesiapa yang ingin makan tengah hari dengan harga lebih jimat.

Lunch Combo RM9.99 di Marrybrown

Bagi promosi ini, pelanggan boleh memilih 4 jenis combo meal berbeza pada harga yang sama.

Antara pilihan menu yang ditawarkan ialah:

  • 1-pc Ayam Goreng MB® Meal (S) – ayam goreng bersama nasi dan minuman
  • Chicken Burger Combo (S) – burger ayam dengan kentang goreng dan minuman
  • Fish Fillet Burger Combo (S) – burger ikan bersama kentang goreng dan minuman
  • MB® Spicy Wrap Combo (S) – wrap ayam pedas dengan kentang goreng dan minuman

Setiap combo disertakan dengan minuman Fuze Tea, menjadikan set ini lengkap untuk satu hidangan.

Dengan harga RM9.99, promosi ini antara pilihan lunch combo yang berbaloi berbanding harga biasa makanan segera yang sering mencecah RM12 hingga RM18.

Waktu Promosi Lunch Deal

Untuk menikmati harga istimewa ini, pelanggan perlu datang pada waktu promosi yang telah ditetapkan.

Maklumat promosi:

  • Hari: Isnin – Jumaat
  • Masa: 11:00 pagi – 2:00 petang
  • Harga: RM9.99 sahaja

Promosi ini memang ditawarkan khas sebagai menu waktu makan tengah hari, jadi ia hanya tersedia dalam tempoh masa tersebut sahaja.

Sedang Puasa? Boleh Beli Awal Untuk Buka Puasa

Bagi anda yang sedang berpuasa, promosi ini masih boleh dimanfaatkan dengan membeli set tersebut lebih awal. Anda boleh membelinya pada waktu promosi dan menyimpannya untuk dinikmati ketika berbuka puasa di rumah. 

Sekiranya tidak sempat mencuba sepanjang bulan Ramadan, promosi ini juga masih sesuai dinikmati selepas musim perayaan, terutamanya bagi mereka yang mencari pilihan makan tengah hari yang mengenyangkan dengan harga bawah RM10 pada hari bekerja.

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Marrybrown di Facebook (Marrybrown) dan Instagram (@marrybrownmy).


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –