Oriental Kopi Meriahkan Pagi Februari Anda Dengan Sarapan Bermula RM5.90
Oriental Kopi kembali mencuri perhatian dengan pelancaran February Awakening Special, satu tawaran terhad yang menampilkan dua menu sarapan eksklusif dengan harga bermula serendah RM5.90. Tawaran ini direka khas untuk mereka yang ingin memulakan pagi dengan hidangan menyelerakan tanpa perlu berbelanja besar.
Sepanjang bulan Februari 2026, pelanggan boleh menikmati kombinasi roti dan mi yang diinspirasikan daripada cita rasa tempatan, menjadikan sarapan harian lebih ‘hidup’, sama ada untuk hari bekerja mahupun hujung minggu yang santai.
Curry Double Lava Egg Toast – Kecil Saiz, Besar Rasa (Dari RM5.90)

Untuk pencinta roti, Curry Double Lava Egg Toast tampil sebagai pilihan yang ringkas tetapi penuh karakter. Roti bakar tebal ini dipanggang sehingga keemasan, menghasilkan tekstur rangup di luar dan gebu di bahagian dalam.
Ia kemudian disiram dengan sos kari aromatik dan dipadankan bersama dua biji telur separuh masak. Apabila telur dibelah, kuning telur cair perlahan-lahan dan menyatu dengan kari, mencipta kombinasi lemak, pedas dan wangi yang cukup memikat. Menu ini sesuai untuk mereka yang inginkan sarapan pantas, tetapi tetap kaya rasa.
Rendang Chicken Kampung Meehoon – Sarapan Berat, Kepuasan Maksimum (Dari RM12.90)

Bagi yang gemarkan sarapan ala hidangan utama, Rendang Chicken Kampung Meehoon sememangnya sukar ditandingi. Hidangan ini menampilkan paha ayam bersaiz besar yang dimasak bersama sos rendang pekat, kaya dengan rempah dan beraroma.
Meehoon yang lembut menyerap sepenuhnya keenakan rendang, manakala hirisan timun segar dan sambal ringan membantu menyeimbangkan rasa. Setiap suapan menawarkan gabungan pedas, lemak dan segar yang menjadikan hidangan ini sesuai untuk mereka yang mahukan sarapan ‘heavy’ dan mengenyangkan.
Maklumat Promosi Yang Perlu Anda Tahu
Tempoh promosi: 1 Februari – 28 Februari 2026
Harga bermula: RM5.90
Cawangan: Seluruh Malaysia
Pengecualian: Tidak ditawarkan di cawangan lapangan terbang
Jika anda sedang mencari idea sarapan yang berbaloi, lain daripada biasa dan mesra poket, menu istimewa Februari ini sememangnya wajar dimasukkan dalam senarai ‘wajib cuba’.
Untuk info lanjut, layari laman web rasmi atau media sosial mereka di Facebook (Oriental Kopi 华阳 ) dan Instagram (@orientalkopi.asia) sebelum promosi berakhir.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
