Harga Minyak Mingguan (5–11 Februari 2026): Diesel Semenanjung Naik Lagi 4 Sen, Harga Petrol Kekal
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan kemas kini terbaharu harga runcit petroleum bagi tempoh 5 hingga 11 Februari 2026, selaras dengan pergerakan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa di bawah mekanisme Automatic Pricing Mechanism (APM).
Bagi minggu ini, harga diesel di Semenanjung Malaysia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 4 sen seliter, menjadikan harga runcit baharu pada RM2.96 seliter. Sebaliknya, harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta RON95 bersubsidi di bawah inisiatif BUDI95 kekal tidak berubah.
Senarai Harga Runcit Bahan Api (5 – 11 Februari 2026)
Harga berikut berkuat kuasa mulai Khamis, 5 Februari 2026:
- Petrol RON97: ➡️ Kekal pada RM3.10 seliter
- Petrol RON95 Tanpa Subsidi: ➡️ Kekal pada RM2.54 seliter
- Petrol RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99 seliter
- Diesel Semenanjung Malaysia: 🔺 Naik 4 sen kepada RM2.96 seliter
- Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter
Diesel Semenanjung Malaysia Catat Kenaikan Berturut-Turut
Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, harga diesel di Semenanjung Malaysia terus menunjukkan peningkatan berperingkat, manakala harga petrol kekal stabil selepas pelarasan sebelum ini.
Bagi minggu 22 – 28 Januari 2026, harga diesel Semenanjung dinaikkan 4 sen kepada RM2.88 seliter, diikuti satu lagi kenaikan 4 sen pada minggu 29 Januari – 4 Februari 2026, menjadikan harga sehingga 4 Februari adalah RM2.92 seliter.
Pemantauan Harga Berterusan
Kerajaan memaklumkan bahawa pemantauan terhadap trend harga minyak dunia akan diteruskan secara berterusan, dengan pelarasan mingguan dibuat bagi memastikan keseimbangan antara kos pasaran global dan kesejahteraan pengguna tempatan.
Harga runcit ini akan berkuat kuasa sehingga 11 Februari 2026.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
