Harga Minyak Mingguan Terkini (29 Januari – 4 Februari 2026): Diesel Semenanjung Naik 4 Sen, RON95 dan RON97 Kekal
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan kemas kini terkini harga runcit bahan api bagi tempoh 29 Januari hingga 4 Februari 2026, selaras dengan pergerakan semasa harga minyak mentah di pasaran global di bawah mekanisme Automatic Pricing Mechanism (APM).
Bagi minggu ini, pelarasan hanya melibatkan diesel di Semenanjung Malaysia, yang mencatatkan kenaikan sebanyak 4 sen seliter. Sementara itu, harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi, RON95 bersubsidi di bawah inisiatif BUDI95, serta diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal tidak berubah.
Senarai Harga Runcit Bahan Api (29 Januari – 4 Februari 2026)
Harga baharu ini berkuat kuasa mulai Khamis, 29 Januari 2026:
- Petrol RON97: ➡️ Kekal pada RM3.10 seliter
- Petrol RON95 Tanpa Subsidi: ➡️ Kekal pada RM2.54 seliter
- Petrol RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99 seliter
- Diesel Semenanjung Malaysia: 🔺 Naik 4 sen kepada RM2.92 seliter
- Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter
Untuk rekod, harga diesel di Semenanjung Malaysia mencatatkan kenaikan sebanyak 4 sen seliter untuk minggu kedua berturut-turut, selari dengan peningkatan harga minyak mentah di pasaran global.
Kerajaan Terus Pantau Harga Minyak Global
Kerajaan memaklumkan bahawa pemantauan terhadap trend harga minyak dunia akan diteruskan secara berterusan, dengan pelarasan mingguan dibuat bagi memastikan keseimbangan antara kos pasaran, kestabilan harga domestik dan kebajikan rakyat.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
