Penggemar Mykori, bersiap sedia untuk promosi paling hangat bulan ini! Mykōri Dessert Cafe kini kembali dengan promosi “Sorry Diet, It’s RM12” sempena bulan Januari. Promosi eksklusif ini bermula dari 15 hingga 31 Januari 2026, dan terbuka untuk ahli Kori Mate sahaja. Inilah masanya untuk sejukkan tekak dengan bajet rendah!
Empat Pilihan Menu Kakigori RM12
Untuk promosi kali ini, Mykōri membawakan empat perisa best-seller yang pastinya membuatkan anda tak senang duduk! Dengan harga asal sehingga RM18, potongan harga ini sangat berbaloi untuk direbut. Antara menu yang terlibat adalah:
- Peanut Berry: Gabungan rasa kacang yang lemak dan masam manis ksbuah strawberi.
- Peanut Chocolate: Rasa klasik kegemaran ramai, dengan paduan coklat pekat dan kacang.
- Injeolmi Snow: Pencuci mulut ala Korea dengan serbuk kacang soya dan mochi kenyal.
- Roasted Hojicha: Aroma teh Jepun yang dipanggang, sangat unik dan tidak terlalu manis.
Eksklusif Untuk Ahli Kōri Mate
Promosi istimewa ini ditujukan khas sebagai tanda penghargaan buat ahli Kōri Mate. Jika anda belum mendaftar, inilah waktu terbaik untuk menjadi ahli bagi menikmati harga RM12 ini. Anda bukan sahaja dapat berjimat, malah boleh membuat penebusan tanpa had dalam satu resit! Jadi, bolehlah belanja kawan-kawan atau keluarga sekali.
Terma dan Syarat Promosi
Sebelum anda menyerbu cawangan Mykōri berdekatan, pastikan anda sedia maklum dengan beberapa perkara penting:
- Tempoh Sah: Bermula dari 15 sehingga 31 Januari 2026.
- Ketersediaan: Promosi tertakluk kepada stok harian (siapa cepat dia dapat!).
- Caj Bungkus: Jika anda ingin bawa pulang, caj tambahan sebanyak RM1.50 akan dikenakan.
- Lokasi: Sah di cawangan Mykōri yang mengambil bahagian.
Jangan tunggu lagi! Ajak geng makan anda ke Mykōri hari ini untuk menikmati promosi eksklusif ini.
Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi mereka di Facebook (Mykōri Malaysia) dan Instagram (@mykori.malaysia).
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Krispy Kreme Sambut Ulang Tahun Ke-89, Kotak Ke-2 Half Dozen Original Glazed Hanya RM0.89
ZUS Coffee Anjur Watch Party Piala Dunia FIFA 2026, Bawakan Cabutan Bertuah Dan Goodie Bag Eksklusif
Ayam Gepuk Top Global Bawakan Set Ayam Crispy Drumstick Pada Harga RM9.90 Di Cawangan Terpilih
7 Makanan Terbaik Malaysia Bagi Julai 2026, Roti Canai Di Tangga Pertama
Potato Story Sambut Hari Fries Sedunia Dengan Diskaun 50% Untuk Fries Kedua – Satu Hari Sahaja!
Dah Selesai Mengundi? Ini 20+ Promosi Yang Boleh Ditebus Sempena PRN Johor 2026