February 12, 2026

10 Promosi Kembali ke Sekolah 2026 untuk Jimat Persiapan Sekolah Anak

promosi-keperluan-sekolah

Musim persekolahan bakal bermula, dan inilah masa terbaik untuk ibu bapa melengkapkan keperluan sekolah anak-anak dengan lebih jimat! Berdasarkan promosi Kembali Ke Sekolah daripada pelbagai jenama dan peruncit, berikut 10 pilihan tempat yang menawarkan promosi pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis bagi memudahkan persiapan anak-anak kembali ke sekolah.

1. MYDIN – Promosi Kembali ke Sekolah

MYDIN menawarkan pilihan jimat untuk keluarga dengan promosi merangkumi uniform sekolah, kasut, beg dan alat tulis. Pelanggan juga boleh menikmati diskaun tambahan RM5 apabila membuat pembayaran melalui Touch ‘n Go eWallet, menjadikannya antara pilihan paling mesra bajet.

Tempoh promosi: 18 Disember 2025 – 19 Januari 2026

Lihat katalog: Laman web rasmi MYDIN

2. Econsave – Promosi Back to School

Econsave menyediakan promosi Back To School yang memfokuskan keperluan asas pelajar seperti pakaian sekolah, beg, botol air dan alat tulis. Harga yang kompetitif menjadikan Econsave sesuai untuk ibu bapa yang ingin berjimat tanpa mengorbankan keperluan penting.

Tempoh promosi: 12 Disember 2025 – 18 Januari 2026

Lihat katalog: Laman web rasmi Econsave 

3. The Store – Promosi Jimat Kembali ke Sekolah

The Store menawarkan promosi bermusim untuk persediaan sekolah termasuk uniform, kasut, stokin dan aksesori sekolah. Promosi ini berlangsung sehingga pertengahan Januari dan sesuai untuk pembelian barangan harian serta keperluan persekolahan.

Tempoh promosi: 18 Disember 2025 – 11 Januari 2026

Lihat katalog: Facebook rasmi The Store Malaysia

4. Giant – Promosi Back to School

Giant sering menjadi pilihan keluarga untuk membeli kelengkapan sekolah kerana variasi produk yang luas. Promosi Back To School mereka merangkumi pakaian sekolah, beg, alat tulis dan barangan asas lain dengan harga mampu milik.

Tempoh promosi: 4 Disember 2025 – 14 Januari 2026

Lihat katalog: Laman web rasmi Giant

5. MR DIY – Promosi Back to School

Bagi ibu bapa yang mencari kasut, alat tulis dan aksesori sekolah tambahan, MR DIY menawarkan pelbagai keperluan dan barangan seperti fail, bekas pensel, botol air dan alat pembelajaran pada harga rendah. Ianya sesuai untuk melengkapkan keperluan kecil yang sering terlepas pandang.

Tempoh promosi: 22 Disember 2025 – 18 Januari 2026

Lihat katalog: Laman Facebook rasmi MR DIY

6. Parkson – Promosi Back to School

Parkson mengetengahkan promosi Back To School untuk pakaian dan kasut sekolah yang lebih kemas dan berkualiti. Pilihan ini sesuai untuk ibu bapa yang mengutamakan keselesaan serta penampilan anak-anak di sekolah.

Tempoh promosi: 11 Disember 2025 – 14 Januari 2026

Lihat katalog: Laman web rasmi Parkson

7. TF Value-Mart – Promosi Kembali ke Sekolah

TF Value-Mart turut hadir dengan tawaran barangan keperluan sekolah pada harga rendah. Promosi ini sesuai untuk pembelian beg sekolah, alat tulis, beg dan barangan asas sekolah untuk si kecil.

Tempoh promosi: 18 Disember 2025 – 11 Januari 2026

Lihat katalog: Laman web rasmi TF Value-Mart

8. Eco-Shop – Promosi Riang Ria Hari Sekolah Bersama Eco-Shop

Eco-Shop menjadi pilihan popular untuk pembelian alat tulis dan aksesori sekolah pada harga rendah. Sepanjang tempoh promosi, ibu bapa boleh mendapatkan barangan seperti buku nota, bekas pensel, alat tulis, botol air dan aksesori pembelajaran dengan harga tetap dan mesra bajet.

Tempoh promosi: 16 Disember 2025 – 11 Januari 2026

Lihat katalog: Laman web rasmi Eco-Shop

9. Lotus’s – Promosi Geng Super Ohsem Back to School

Lotus’s menawarkan promosi Back To School yang merangkumi pelbagai keperluan sekolah seperti pakaian seragam, kasut sekolah, beg, alat tulis dan botol air. Promosi ini sesuai untuk ibu bapa yang ingin melengkapkan persediaan sekolah anak-anak di satu lokasi dengan harga berpatutan.

Tempoh promosi: 25 Disember 2025 – 14 Januari 2026

Lihat katalog: Laman web rasmi Lotus’s

10. Pusat Pakaian Hari-Hari – Promosi Seronoknya Kembali ke Sekolah 2026

Pusat Pakaian Hari-Hari menawarkan promosi Kembali ke Sekolah yang memfokuskan pakaian seragam sekolah dan pakaian harian kanak-kanak pada harga mesra bajet. Antara barangan yang ditawarkan termasuk baju sekolah, seluar, skirt serta pakaian asas untuk kegunaan harian pelajar.

Tempoh promosi: 22 Disember 2025 – 18 Januari 2026

Lihat katalog: Laman web rasmi Pusat Pakaian Hari Hari

Dengan memanfaatkan promosi Kembali ke Sekolah yang tersedia di pelbagai pasar raya dan peruncit, ibu bapa boleh mengurangkan kos persediaan sekolah anak-anak. Namun, adalah penting untuk menyemak tempoh promosi serta terma dan syarat setiap tawaran bagi memastikan pembelian dibuat pada masa yang paling sesuai dan mengikut ketetapan yang ditetapkan.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp