Mulakan hari anda dengan gabungan sempurna kopi dan jus daripada Kenangan Coffee. Menerusi promosi Morning Power Pair, anda boleh menikmati Americano bersama Jus Epal atau Jus Oren pada harga istimewa RM9.90 sahaja, pilihan ideal untuk memulakan pagi dengan lebih bertenaga dan segar.
Kombinasi Terbaik untuk Permulaan Hari yang Bertenaga
Satu set Morning Power Pair menggabungkan Americano panas atau sejuk yang memberi rangsangan tenaga, bersama sebotol jus epal atau jus oren yang kaya dengan vitamin. Gabungan ini bukan sahaja menyegarkan, malah sesuai dinikmati sebelum memulakan rutin harian, sama ada ke tempat kerja atau aktiviti santai.
Butiran Promosi
Berikut adalah butiran promosi Morning Power Pair yang perlu anda ketahui:
Harga: RM9.90 untuk satu set Morning Power Pair
Masa: Sah setiap hari sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi: Semua cawangan Kenangan Coffee di Malaysia
Pengecualian: Tidak sah di cawangan lapangan terbang
Terma dan Syarat Penting
- Sah untuk Americano bersaiz biasa (panas atau sejuk) serta pilihan jus epal atau jus oren sahaja
- Minuman tidak boleh diubah suai (Sebagai contoh, saiz minuman atau pilihan biji kopi)
- Sebarang tambahan seperti shot espresso, sirap atau topping akan dikenakan caj mengikut standard harga biasa
- Tidak boleh digabungkan dengan baucar, diskaun, ‘membership privileges’ atau promosi lain
Promosi ini berlangsung setiap hari sehingga 12.00 PM, jadi pastikan anda dapatkannya sebagai penyegar tekak harian atau pelengkap ketika bersantai hujung minggu bersama rakan dan keluarga.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi terkini, sila ikuti Kenangan Coffee di Facebook dan Instagram @kenangancoffee.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Kenangan Coffee Capai 200 Cawangan di Malaysia, Raikan dengan Tawaran Minuman Kedua Hanya RM2
Promosi 8.8 2026: Pelbagai Tawaran F&B Menarik Untuk Anda Nikmati Minggu Ini
Krispy Kreme Tawar 8 Donut Mini Original Glazed Hanya RM8 Untuk Satu Hari Sahaja
Ahli IKEA Family Boleh Nikmati Alaska Pollock Fish and Chips pada Harga RM9.45 Setiap Rabu
Rapid KL Lanjutkan Perkhidmatan Percuma LRT Laluan Shah Alam Sehingga 14 Ogos
Beutea Merdeka Special: Nikmati Minuman Pilihan Pada Harga RM6.90 Sepanjang Ogos