February 12, 2026

Malaysia Aquatic Expo 2025 Kembali! Terokai Dunia Akuatik dan Haiwan Eksotik di Pavilion Bukit Jalil

malaysia-aquatic-expo

Malaysia Aquatic Expo 2025 kembali menggegarkan Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil dari 26 – 28 Disember 2025 dengan pameran yang lebih besar, lebih ceria dan lebih menakjubkan! Acara ini menghimpunkan pelbagai jenis ikan hiasan, aquascaping dan haiwan eksotik dari seluruh Malaysia dan rantau ASEAN dalam satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

Dari ikan emas berkilau, arowana yang megah, hingga KOI berwarna-warni dan pelbagai spesies eksotik yang jarang ditemui — setiap tangki di sini bagaikan sebuah karya seni hidup!

Apa Yang Menanti Anda di Aquatic Expo 2025

Lebih 100 Produk dan Teknologi Akuatik Inovatif
Temui pelbagai peralatan, aksesori dan teknologi terkini dalam dunia akuarium dan aquascaping!

Pertandingan dan Pameran Piala Berprestij

  • JPD Asia Goldfish Cup 2025
  • 2nd MAFC Arowana Championship
  • 2nd Asean Junior KOI Show
  • Central Mini Betta Competition
  • Malaysia Aquascaping Championship 2025
  • Malaysia Clownfish Competition
  • Malaysia Marine Scaping Competition

Tumbuhan Akuatik dan Inspirasi Aquascape
Dapatkan idea baharu dan beli tumbuhan hidup untuk hobi aquascaping anda.

Sesi Perkongsian dan Bengkel
Tingkatkan pengetahuan anda dalam dunia akuarium melalui bengkel dan sesi perkongsian daripada pakar industri.

Sudut Haiwan Comel dan Eksotik
Jangan lupa kunjungi zon haiwan kecil termasuk sesi petting rabbit, reptilia, dan haiwan eksotik lain – sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak!

Maklumat Acara

Berikut adalah maklumat penuh acara yang perlu anda ketahui:

Tarikh: 26 – 28 Disember 2025

Masa: 11 pagi – 9 malam

Lokasi: Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil, KL (Aras 5, Zon Merah Jambu)

Tiket: RM5 untuk dewasa | Percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun & warga emas 60 tahun ke atas

Nota: Tiket hanya boleh dibeli secara walk-in di lokasi acara

Sama ada anda seorang pengumpul, peminat, atau keluarga yang ingin menikmati hujung minggu yang unik – Malaysia Aquatic Expo 2025 adalah destinasi wajib untuk anda kunjungi! Jangan lepaskan peluang ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sosial rasmi Malaysia Aquatic Expo atau datang terus ke Pavilion Bukit Jalil 26-28 Disember ini!


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp