Bila lapar datang mengejut, tak perlu fikir lama. Singgah saja ke CAFé by 7-Eleven dan pilih wrap kegemaran anda. CAFé by 7-Eleven kini memperkenalkan menu wrap terbaharu yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan hidangan ringkas, tetapi memuaskan. Setiap wrap mudah untuk dimakan, penuh rasa dan sesuai untuk makan tengah hari, makan malam atau snek.
3 Pilihan Wrap pada Harga RM6.90
Ditawarkan pada harga RM6.90, terdapat tiga jenis wrap istimewa yang padat dengan protein dan sayur-sayuran segar:
- Black Pepper Chicken Wrap: Kombinasi ayam berempah lada hitam yang berjus, dibalut kemas dalam wrap lembut dengan rasa pedas yang cukup untuk bangkitkan selera.
- Chicken Katsu with Nacho Sauce Wrap: Ayam katsu rangup dipadankan dengan sos nacho berkrim dan sayur segar, gabungan unik gaya Jepun dan Tex-Mex.
- Cheesy Chicken Slice Wrap: Gabungan hirisan ayam bersama keju cair dan sayur, sesuai untuk mereka yang sukakan rasa lemak berkrim.
Makan Mudah dan Cepat, Sesuai Untuk Semua
Menu terbaharu ini bukan sahaja lazat, malah sangat mudah dinikmati di mana sahaja – sama ada di pejabat, dalam perjalanan, atau semasa waktu rehat. Tersedia di kedai 7-Eleven terpilih, ia hanya ditawarkan selagi stok masih ada. Jadi, pastikan anda cepat-cepat ke CAFé by 7-Eleven yang terdekat. Sedap, mudah, dan berbaloi!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari media sosial rasmi 7-Eleven Malaysia.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian