Gabungan Kopi Ideal di Kenangan Coffee – Promosi Coffee Buddies Kini Bermula Serendah RM12.90!
Kenangan Coffee kini memperkenalkan promosi istimewa “Coffee Buddies”, kombinasi minuman yang sesuai untuk dinikmati bersama rakan, pasangan atau keluarga. Dengan gabungan Americano yang bold dan Latte/Cappuccino yang creamy, promosi ini pasti memuaskan setiap citarasa – sama ada panas atau sejuk.
Classic Pair-Up – Gabungan Klasik yang Sempurna
Bagi penggemar rasa asli dan seimbang, Classic Pair-Up menawarkan Americano bersama Latte atau Cappuccino.
Harga promosi:
- Hot Combo: RM12.90 (harga asal RM16.80)
- Iced Combo: RM16.90 (harga asal RM20.80)
Minuman ini sesuai untuk mereka yang sukakan keseimbangan antara rasa kopi yang kuat dan kelembutan susu.
Dynamic Duo – Kombinasi Dengan Perisa Menarik
Bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang unik, Dynamic Duo menggabungkan Americano dengan pilihan Latte berperisa. Antara pilihan yang ditawarkan termasuk Kenangan Latte, D Spanish Latte, Creamy Latte, Caramel Latte, Vanilla Latte dan Hazelnut Latte.
Harga promosi:
- Hot Combo: RM13.90 (harga asal RM17.80)
- Iced Combo: RM17.90 (harga asal RM21.80)
Ini adalah pilihan ideal untuk mereka yang mahukan pengalaman kopi yang berbeza dan lebih beraroma.
Terma & Syarat Ringkas
Untuk memastikan pengalaman pembelian yang lancar, sila ambil perhatian terhadap terma dan syarat berikut.
- Promosi ini sah untuk pesanan walk-in, melalui aplikasi dan kiosk Kenangan Coffee di semua cawangan di Malaysia, kecuali di lapangan terbang.
- Harga promosi hanya untuk saiz biasa minuman standard.
- Caj tambahan dikenakan untuk sebarang ubah suai seperti jenis susu, biji kopi, saiz, tambahan syrup atau shot espresso.
- Promosi ini tidak boleh digabungkan dengan tawaran lain dan sah selagi stok masih ada.
Jangan lepaskan peluang, bawa ‘coffee buddy’ anda ke Kenangan Coffee dan nikmati kopi berkualiti dengan harga lebih jimat hari ini.
Untuk info lanjut, lawati media sosial rasmi atau kunjungi cawangan Kenangan Coffee berdekatan anda.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
