Jika anda seorang pelajar dengan kad debit RHB, KyoChon Malaysia ada berita baik! Dengan promosi terbaru KyoChon x RHB, anda boleh nikmati satu set lengkap makanan bersama minuman bermula hanya RM16 — makan puas tanpa rasa bersalah.
Kombo Istimewa untuk Pelajar – Harga Bermula RM16
Bermula 1 Disember 2025 hingga 31 Mei 2026, pelajar yang memiliki Kad Debit-i RHB MySiswa atau Kad Debit-i RHB MyTVETKPM layak untuk menikmati RHB Student Combo pada harga:
- RM16 di semua cawangan KyoChon
- RM18 di cawangan KyoChon Miri
Walaupun harga sedikit berbeza di Miri, ia tetap tawaran yang sangat berbaloi berbanding harga biasa yang lebih tinggi.
Tiga Pilihan Kombo Mengikut Selera Anda
Setiap RHB Student Combo didatangkan bersama satu minuman dan anda boleh pilih antara tiga set berikut:
- Survival Kit – 6 ketul Wingette & Drumette
- Chicken Cram Kit – 5 ketul ayam tanpa tulang
- Crispy Focus Kit – 8 ketul SalSal Balls
Sesuai untuk dinikmati bersama rakan-rakan sebagai ganjaran selepas penat belajar.
Terma & Syarat Penting:
- Sah dari 1 Disember 2025 hingga 31 Mei 2026
- Terbuka untuk pemegang Kad Debit RHB MySiswa & RHB MyTVETKPM sahaja
- Terhad kepada satu kombo sahaja untuk setiap pelajar, satu transaksi sehari.
- Sah untuk dine-in atau takeaway di semua outlet KyoChon kecuali Tanjung Pinang & KLIA
- Sementara stok masih ada
- KyoChon berhak untuk mengubah terma tanpa notis
Peluang Terbaik Untuk Nikmati Ayam Korea Premium
Dengan bajet pelajar, kini anda boleh menikmati ayam Korea yang garing dan juicy dari KyoChon tanpa rasa bersalah. Jangan lupa untuk bawa kad RHB korang dan tunjuk di kaunter semasa order. Mudah kan?
Untuk info lanjut, sila layari media sosial rasmi Facebook KyoChon atau outlet KyoChon berhampiran.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian