GXBank, bank digital pertama Malaysia, menyambut ulang tahun kedua dengan kempen istimewa 1,000,000+ Impian Malaysia yang menawarkan faedah menarik kepada pelanggan individu dan perniagaan.

Antara tarikan utama ialah Poket Bonus, di mana pelanggan boleh menikmati kadar faedah sehingga 4.00% setahun – gabungan 2.00% faedah asas harian dan 2.00% faedah bonus. Ini adalah tawaran masa terhad bagi menggalakkan tabungan dan pengurusan kewangan yang lebih bijak.

Pelanggan perniagaan juga diberi manfaat melalui Perbankan Bisnes GX yang menawarkan faedah 3.00% setahun ke atas deposit dan 0% faedah pinjaman bulan pertama, membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memulakan langkah tanpa beban.
Kredit gambar: GXBank
Selain itu, program Impian GIGih telah membantu lebih 1,700 pelajar dari keluarga B40 dan menaja 18 pelajar cemerlang ke universiti. Dari segi keselamatan dan kemudahan, sistem AI pintar GXBank membolehkan pembukaan akaun dan pinjaman dilakukan dalam masa hanya 8 minit.
Kempen ini menunjukkan usaha berterusan GXBank dalam membantu rakyat Malaysia mencapai kestabilan dan impian kewangan mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi GXBank atau ikuti media sosial mereka.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
TNG eWallet Tambah FlexiCredit GXBank ke CashLoan dengan Had Kredit Sehingga RM150,000
TikTok Shop Kenakan SST 6% untuk Caj Penghantaran Penjual Bermula September
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian
Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas