5 Gel Moisturizer Mesra Poket Supaya Kulit Lembap, Segar dan Tak Melekit!
Cuaca panas dan lembap di Malaysia memerlukan pelembap yang ringan, tidak berminyak dan cepat meresap. Gel moisturizer ialah pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, kering, kombinasi atau sensitif.
Berikut ialah lima pilihan yang popular dan berkesan untuk memastikan kulit kekal lembap, segar dan selesa sepanjang hari.
1. Wardah Radiant Charge & Dark Spot Corrector Gel Moisturizer

Pelembap gel ini hadir dengan tekstur ringan dan watery yang cepat menyerap tanpa rasa berat. Ia bertindak membantu memperbaiki dan menguatkan skin barrier, menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan glowing. Sesuai untuk mengurangkan masalah seperti kulit kusam dan tompok gelap yang sering dialami dalam cuaca panas.
Anggaran Harga:
2. SAFI Hydra Glow Hydralight Oil-Free Gel Moisturiser

Diuji secara klinikal dapat memberikan hidrasi sehingga 72 jam, pelembap ini bebas minyak dan tidak menyumbat pori. Dengan tekstur ultra ringan, ia membantu mengawal minyak terutama pada zon yang mudah berminyak sambil mengekalkan kelembapan sepanjang hari. Hasilnya, kulit rasa segar dan tidak melekit walaupun dalam cuaca lembap.
Anggaran Harga:
3. SAFI Youth Gold 8X Ceramide Repair Serum Gel Cream

Pelembap ini dirumus untuk kulit sensitif dan matang, memberikan kelembapan yang menenangkan sambil memperbaiki skin barrier. Ia membantu mengurangkan kedutan halus dan menjadikan kulit lebih anjal. Teksturnya yang tidak berminyak dan cepat meresap menjadikannya sesuai untuk rutin penjagaan kulit harian yang ringkas tetapi berkesan.
Anggaran Harga:
4. Glad2Glow Centella Allantoin Soothing Gel Moisturizer

Memberikan sensasi sejuk serta menenangkan, pelembap ini sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Ia membantu meredakan kemerahan, mengawal minyak berlebihan dan mengekalkan kelembapan tanpa menyumbat pori. Sesuai digunakan sebagai pelembap harian untuk kulit yang mudah iritasi.
Anggaran Harga:
5. Glad2Glow Peach Retinol Moisturizer

Pelembap ringan ini menggabungkan retinol lembut dengan niacinamide untuk membantu mengurangkan jerawat, bintik hitam dan tekstur tidak sekata. Sesuai untuk mereka yang ingin memulakan rutin anti-penuaan tanpa rasa berat atau melekit, ia juga mengekalkan kelembapan untuk kulit lebih cerah dan halus.
Anggaran Harga:
Moisturizer Tak Perlu Berat, Asal Berkesan!
Kalau anda mahukan kulit lembap tanpa rasa melekit, gel moisturizer memang pilihan paling tepat — terutama bila cuaca panas dan tak menentu. Ringan, selesa dan cepat menyerap, semuanya ada dalam lima pilihan ini. Pilih yang paling sesuai dengan kulit anda dan rasai sendiri perbezaannya!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
