May 13, 2026

Raikan Hari Kanak-Kanak di Zoo Negara dengan Tiket Masuk Percuma untuk Si Cilik!

tiket-percuma-zoo-negara

Berita baik untuk ibu bapa dan penjaga! Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Zoo Negara Malaysia menawarkan tiket masuk percuma kepada kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 3 hingga 12 tahun pada 22 dan 23 November ini.

Promosi istimewa ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada kanak-kanak serta memberi peluang kepada keluarga untuk menikmati masa berkualiti bersama di Zoo Negara.

Apa yang Menanti Kanak-Kanak?

Selain tiket masuk percuma, Zoo Negara turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Zoolympic, Wildlife Walk-A-Thon, Art & Craft dan banyak lagi aktiviti serta hadiah istimewa untuk memeriahkan sambutan. Ia pasti menjadi pengalaman yang menggembirakan buat si kecil!

Terma dan Syarat Utama

Untuk menebus tiket percuma ini, berikut ialah syarat penting yang perlu dipatuhi:

  1. Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 3 hingga 12 tahun sahaja
  2. Sah untuk pengunjung yang hadir secara walk-in sahaja.
  3. MyKid atau Sijil Lahir asli perlu dibawa untuk pengesahan di kaunter tiket.
  4. Tiket tidak boleh dipindah milik, ditukar kepada wang tunai, atau digunakan pada tarikh lain.
  5. Tidak sah bagi lawatan sekolah.
  6. Ibu bapa/penjaga boleh beli tiket secara walk-in atau online, tetapi promosi untuk kanak-kanak hanya sah untuk walk-in.
  7. Pihak Zoo Negara berhak meminda terma tanpa notis.

Manfaatkan cuti sekolah atau hujung minggu anda dengan membawa anak-anak ke Zoo Negara dan nikmati hari penuh keseronokan serta pembelajaran tentang dunia haiwan.

Untuk info terkini mengenai aktiviti dan promosi, ikuti media sosial rasmi Zoo Negara hari ini.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp