STR 2026: Golongan Bujang Layak Terima RM600 SARA – Jangan Terlepas Permohonan Fasa 1!
Selepas pembentangan Belanjawan 2026, ramai golongan bujang mungkin tertanya-tanya sama ada mereka perlu memohon STR 2026. Jawapannya: ya, perlu memohon. Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), golongan bujang digalakkan membuat permohonan kerana mereka yang layak masih akan menerima manfaat melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, sebanyak RM600, yang dikreditkan ke MyKad secara bulanan.
Permohonan Dibuka Sepanjang Tahun
Permohonan STR 2026 telah dibuka bermula 13 Oktober 2025 dan akan berlangsung sepanjang tahun. Ini memberi ruang kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk membuat permohonan atau mengemas kini maklumat mereka.
Kaedah Permohonan:
- Secara dalam talian melalui portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Melalui borang kertas (BK-01), boleh diperolehi di:
- Portal rasmi STR
- Pejabat HASiL / HASiL Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Nota penting: Borang yang telah lengkap perlu dihantar secara fizikal ke pejabat LHDNM. Penghantaran melalui e-mel tidak diterima.
Kategori Permohonan Yang Diterima
Empat jenis permohonan dibuka untuk STR 2026:
- Permohonan baharu
- Kemas kini permohonan sedia ada
- Rayuan / rayuan tambahan
- Perubahan maklumat asas permohonan
Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan dilakukan secara berfasa. Bagi Fasa 1, semakan hanya melibatkan permohonan yang diterima sehingga 28 November 2025. Permohonan selepas tarikh itu akan diproses dalam fasa seterusnya.
Ringkasan Penting
- Permohonan dibuka sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025
- Mohon melalui portal rasmi atau serahan borang fizikal
- Kategori bujang tiada bayaran STR, tetapi layak untuk SARA 2026 (RM600)
- Umur minimum untuk permohonan: 21 tahun pada 2026
Untuk maklumat lanjut dan panduan permohonan lengkap, layari Portal Rasmi STR atau kunjungi pejabat LHDNM berdekatan.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
