Bayangkan mi kari panas berkuah pekat atau ayam rangup bersalut sos Thai pedas manis, semua ni anda boleh dapat dengan harga cuma RM11.90 di Starry Food Village, Kota Kemuning!
Promosi ini berlangsung setiap hari dari 11:00 pagi hingga 2:00 petang, sesuai untuk anda yang mencari juadah ringkas dan lazat untuk waktu rehat makan tengah hari.
Pilih Menu Kegemaran Anda
Dengan hanya RM11.90, anda boleh pilih satu daripada empat menu utama yang menyelerakan:
- Curry Noodles Soup – Mi kari berkuah pekat dan beraroma.
- Fried Hokkien Mee – Mi goreng Hokkien dengan rasa ‘wok hei’ yang padu.
- Thai Style Chicken with Rice – Ayam rangup dengan sos Thai pedas manis, dihidang bersama nasi.
- Eggplant with Chicken Mince and Rice – Terung dimasak bersama ayam cincang, penuh rasa.
Setiap set didatangkan dengan teh Cina percuma, sesuai untuk mencuci mulut dan melengkapkan hidangan anda.
Makan Di Kedai atau Bungkus? Dua-dua Boleh
Anda boleh memilih untuk menjamu selera di restoran atau membungkus makanan untuk dibawa pulang — kedua-dua pilihan disediakan bagi memudahkan pelanggan. Lokasinya juga strategik dan mudah dicari; hanya cari Starry Food Village, Seksyen 31, Kota Kemuning, Shah Alam di Google Maps.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi Starry Food Village sekarang!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Piala Dunia FIFA 2026: Kemas Kini Harian Jadual dan Keputusan Perlawanan
Coolblog Raikan Demam Piala Dunia Dengan Promo Beli 1 Percuma 1 Siri Minuman ChocWafer Crunch
Bask Bear Tawar Set Sarapan Bermula RM6.90 Untuk Yang Mahukan Menu Grab-And-Go
Promo Jun Ayam Kicap Meletop: Set Nasi Ayam Kicap RM10.90 Dengan Nasi dan Sambal Tanpa Had
Marrybrown Tawar 2 Lucky Plate Hanya RM25, Terhad Untuk 3 Hari
Senarai Promosi 6.6 Makanan dan Minuman Yang Sedang Berlangsung di Malaysia