Rakyat Malaysia kini boleh menikmati makanan siap dan barangan keperluan harian pada harga serendah RM1 di Flexi Mart, kedai serbaneka terbaru milik Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli. Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, kedai ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Ayuh Malaysia.
Flexi Mart tampil dengan konsep perusahaan sosial, di mana keuntungan diagih semula kepada pekerja dan pelabur untuk memastikan harga kekal rendah sambil membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda.
Harga Mampu Milik, Semua Bawah RM5
Flexi Mart menawarkan pelbagai pilihan makanan dan barangan asas pada harga yang sangat berpatutan, antaranya:
Produk & Minuman di Kaunter:
- Aiskrim: RM1/cone
- Kopi: RM2.90 – RM4 secawan
- Mee kari & jus: RM5
- Mee segera + bebola ikan + jus: RM5
- Sabun basuh baju (detergent): RM1/liter, dengan sistem isian fleksibel ikut sukatan sendiri
Makanan Siap dari Flexivending (semuanya bawah RM5):
- Nasi lemak
- Chicken wrap
- Ayam Korea / Ayam cheese / Ayam goreng crispy
- Spaghetti carbonara / bolognese
- Mee goreng basah telur mata
- Nasi goreng seafood
- Sandwich telur / tuna / ayam
- Roti sosej cheese
Dengan konsep “harga rakyat”, Flexi Mart menawarkan alternatif berpatutan kepada pengguna yang mahu menjimatkan kos sara hidup tanpa berkompromi pada kualiti makanan dan keperluan harian.
Lokasi & Waktu Operasi Flexi Mart
Alamat:
35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam
(Sederet dengan Speedmart)
Waktu Operasi:
Setiap hari (7 pagi – 10 malam)
Menuju ke Arah Lebih Banyak Cawangan
Menurut Rafizi, jika model sosial ini berjaya, beliau akan mengembangkan Flexi Mart ke lebih banyak lokasi dan meneruskan misi menyediakan makanan dan barangan mampu milik untuk rakyat. Selain itu, beliau juga merancang untuk membuka kedai makan baharu bernama Kesum pada 8 November 2025, khusus untuk sarapan, makan tengah hari dan malam – juga dengan harga di bawah RM5.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Ayam Gepuk Original Hanya RM9.90 di IndoAsli, Jimat RM14 dari Harga Biasa
Krispy Kreme Raikan Hari Kidal Sedunia – 6 Original Glazed Hanya RM13 Pada 13 Ogos 2026
BHC Chicken Tawar Value Meal Bermula RM12.90 – Nikmati Hidangan Korea pada Hari Bekerja
The Chicken Rice Shop Raikan Bulan Kemerdekaan dengan Combo Local Lah RM16.90
Kenangan Coffee Capai 200 Cawangan di Malaysia, Raikan dengan Tawaran Minuman Kedua Hanya RM2
Promosi 8.8 2026: Pelbagai Tawaran F&B Menarik Untuk Anda Nikmati Minggu Ini