Bask Bear KLCC Tawar Kombo Sarapan Toast & Brew Serendah RM10.90!
Nak mulakan pagi dengan lebih bear-able? Kini anda boleh nikmati sarapan berbaloi di Bask Bear Coffee & Toasties KLCC dengan kombo “Toast & Brew” serendah RM10.90! Promosi eksklusif ini pasti jadi kegemaran warga kota yang mahukan sesuatu yang ringkas, lazat dan mengenyangkan.
Kombo Sarapan “Toast & Brew” Serendah RM10.90
Promosi ini membolehkan anda memilih satu daripada empat jenis toastie yang menyelerakan, dipadankan dengan Americano bersaiz kecil (panas atau sejuk). Pilihan toastie yang ditawarkan termasuk:
- Cheese Melt
- Cheese Slice & Egg
- Cheesy Egg
- Cheese Melt & Chicken Slice
Kesemuanya sesuai dijadikan sajian mudah untuk pagi yang pantas.
Nak Lebih Power? Upgrade Minuman Anda
Bagi yang inginkan lebih variasi dalam minuman pagi, anda boleh naik taraf kopi kepada jenis lain dengan hanya tambahan RM5.90. Sama ada inginkan latte, cappuccino atau minuman lain, pilihan ada di tangan anda.
Tawaran Sehingga Jam 10:00 Pagi Sahaja
Ambil peluang ini untuk mulakan pagi anda dengan kombo sarapan berbaloi, tapi ingat, promosi ini hanya sah sehingga jam 10:00 pagi setiap hari dan eksklusif di cawangan KLCC sahaja.
Jom singgah dan nikmati kombo terbaik untuk permulaan hari yang lebih bertenaga!
Untuk info lanjut, ikuti media sosial rasmi Bask Bear Coffee atau kunjungi terus outlet mereka di KLCC.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
