Sopoong, restoran makanan Korea popular di Malaysia, kini meraikan cawangan baharu yang mendapat pengiktirafan HALAL secara rasmi (MS1500: 2067-04/2021)! Sempena sambutan ini, pelanggan boleh menikmati promosi istimewa “Buy 1 Free 1” untuk hidangan terpilih, tapi hanya untuk masa terhad!
Promosi Hebat: Beli 1 Percuma 1
Nikmati dua hidangan dengan satu harga untuk tiga menu popular berikut:
- Yachae Ramyeon: mi segera dengan sayur
- Kimchi Jjigae (Tuna): sup pedas kimchi bersama tuna
- Bibimbap (Vege): nasi campur Korea dengan sayuran dan telur
Setiap pembelian satu hidangan dari senarai ini akan mendapat satu lagi hidangan yang sama secara percuma, sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan!
Tempoh Promosi
21 Oktober – 26 Oktober 2025
Jangan lepaskan peluang ini kerana promosi hanya berlangsung selama 6 hari sahaja!
Lokasi Cawangan Terlibat
Promosi ini boleh dinikmati di cawangan-cawangan berikut:
- IOI City Mall
- MyTown Shopping Centre
- Dpulze Shopping Centre
- Citta Mall
- KL East Mall
- AEON Mall Shah Alam
- 168 Park Mall Selayang
Sama ada anda makan di restoran atau bawa pulang, promosi ini tetap sah (Tertakluk pada caj tambahan untuk bawa pulang). Jangan lepaskan peluang untuk menikmati rasa autentik makanan Korea dengan harga jimat berganda!
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi Sopoong di Facebook atau kunjungi cawangan terdekat anda.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian