Tak Perlu Fikir Menu, Pasta Daddy Tawar 7 Pasta Berbeza Setiap Hari Hanya RM9.95!
Setiap hari makan tengah hari kat luar, kadang-kadang mesti bosan asyik makan makanan sama dekat tempat yang sama kan? Sekarang anda tak perlu risau lagi, sebab Pasta Daddy baru sahaja memperkenalkan Daddy Deal of The Day!
Nikmati pasta lazat dengan menu berbeza setiap hari, hanya RM9.95. Tujuh hari, tujuh menu pada satu harga yang benar-benar berbaloi!
Daripada Seafood Olio hinggalah Creamy Pedas Berapi, Pasta Daddy menawarkan pelbagai pilihan rasa yang pasti menjadikan hari anda lebih menarik.
Set Pasta Harian Serendah RM9.95!
Nikmati variasi pasta berbeza setiap hari:
-
Isnin – Mini Seafood Olio
Gabungan pasta olio, bebola keju, udang dan taburan telur ikan. -
Selasa – Eggy Creamy Mushroom
Pasta berkrim dengan cendawan, telur dan bebola keju. -
Rabu – The Classic
Sos tomato klasik bersama bebola daging, keju parmesan dan bebola keju. -
Khamis – Korea Mix
Pasta dengan rumpai laut Korea, keju dan bebola keju – gabungan fusion menarik! -
Jumaat – Mushroom Chicken Sliced Aglio Olio
Pasta aglio olio dengan cendawan dan hirisan ayam salai. -
Sabtu – Japan Mix
Pasta gaya Jepun dengan rumpai laut, bebola keju dan ebiko. -
Ahad – Spicy Creamy with Mushroom & Egg
Pasta berkrim pedas dengan telur dan cendawan – sesuai untuk penggemar makanan pedas!
Tambah Meal It dengan Hanya RM4.50
Naik taraf hidangan anda dengan Meal It, di mana anda akan dapat 2 add-on dan minuman Coca-Cola hanya dengan harga RM4.50.
Terma & Syarat
- Tawaran sah untuk pembelian di restoran sahaja (dine-in & takeaway).
- Caj tambahan dikenakan untuk pertukaran kepada wrap atau salad.
- Harga tidak termasuk 6% SST.
- Stok adalah terhad.
- Gambar hanya untuk tujuan ilustrasi.
Nikmati Pasta Sedap Setiap Hari!
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pasta yang berbeza setiap hari pada harga yang berpatutan. Hidangan ini sesuai untuk makan tengah hari, makan malam, atau bila-bila masa anda teringin menikmati pasta!
Untuk maklumat lanjut, lawati media sosial rasmi Pasta Daddy di Facebook.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
