Buat anda yang bekerja atau tinggal di sekitar Kota Damansara, kini masa makan tengah hari atau makan malam anda jadi lebih jimat dan berbaloi! Nasi Kukus & Nasi Lemak Syedek The Strand menawarkan set nasi lengkap untuk waktu makan anda dengan harga hanya RM12.90.
Hidangan Lengkap, Harga Berpatutan
Dengan hanya RM12.90, pelanggan akan menikmati sepinggan nasi putih bersama lauk pauk seperti ayam goreng berempah, sambal, dan sayur berserta kuah kari yang menyelerakan. Setiap hidangan didatangkan bersama air kordial yang boleh diisi semula, sangat berbaloi terutama untuk anda yang suka makan di luar setiap hari.
Loyalty Card Eksklusif – Makan 10 Kali, Dapat 1 Nasi Percuma!
Untuk pelanggan setia, Nasi Kukus & Nasi Lemak Syedek turut memperkenalkan Syedek Loyalty Card. Dengan setiap pembelian, anda akan mengumpul satu cop. Setelah makan sebanyak 10 kali, anda layak menikmati 1 hidangan nasi secara percuma! Promosi ini sesuai untuk mereka yang gemar makan di tempat yang sama tanpa rasa bosan.
Lokasi & Waktu Operasi
Lokasi: Nasi Kukus & Nasi Lemak Syedek The Strand, Kota Damansara
Hari Operasi: Isnin hingga Sabtu
Waktu Promosi: 11 pagi – 9 malam
Jangan lepaskan peluang untuk nikmati makanan sedap, jimat dan penuh ganjaran hanya di Nasi Kukus & Nasi Lemak Syedek The Strand. Bawa rakan sekerja atau keluarga anda dan mulakan misi untuk tebus nasi PERCUMA hari ini!
Untuk maklumat lanjut, kunjungi Syedek The Strand atau ikuti media sosial mereka di Facebook dan Instagram.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di platform media sosial rasmi kami sekarang! 👇🏻

Kenangan Coffee Capai 200 Cawangan di Malaysia, Raikan dengan Tawaran Minuman Kedua Hanya RM2
Promosi 8.8 2026: Pelbagai Tawaran F&B Menarik Untuk Anda Nikmati Minggu Ini
Krispy Kreme Tawar 8 Donut Mini Original Glazed Hanya RM8 Untuk Satu Hari Sahaja
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop
Ahli IKEA Family Boleh Nikmati Alaska Pollock Fish and Chips pada Harga RM9.45 Setiap Rabu
Rapid KL Lanjutkan Perkhidmatan Percuma LRT Laluan Shah Alam Sehingga 14 Ogos