Untuk anda yang menantikan hari gaji, Kenangan Coffee ada kejutan manis untuk meraikan usaha anda sepanjang bulan! Sempena Payday Promo, nikmati Buy 1 Get 1 FREE untuk siri minuman Frappe terpilih selama 2 hari sahaja, iaitu pada 15 dan 16 Oktober 2025.
Beli 1 Frappe Besar, Dapat 1 Frappe Biasa Percuma
Apa yang anda perlu buat? Beli 1 Frappe bersaiz besar dan anda akan menerima 1 Frappe bersaiz biasa secara PERCUMA! Promosi ini sah untuk semua jenis minuman Frappe kecuali yang melibatkan penyesuaian seperti jenis susu, jenis biji kopi atau penambahan topping.
Tarikh & Cara Tebus
15 Oktober:
- Sah untuk pembelian walk-in & takeaway
- Waktu terhad: 10 pagi – 12 tengah hari & 5 petang – 8 malam
15 & 16 Oktober:
- Eksklusif di aplikasi Kenangan Coffee
- Sah sepanjang hari
Jadi, jangan risau kalau anda terlepas waktu walk-in! Muat turun aplikasi Kenangan Coffee dan tebus minuman percuma anda bila-bila masa sepanjang 2 hari ini.
Maklumat Tambahan Promosi
- Saiz percuma: Regular Frappe
- Tidak boleh diubah suai (tiada pilihan susu atau jenis biji kopi)
- Caj tambahan dikenakan untuk topping tambahan (contoh: extra shot, sirap tambahan)
- Tidak sah di cawangan KLIA2
- Tidak boleh digabungkan dengan set menu atau promosi dan diskaun lain
Manfaatkan promosi eksklusif ini dan manjakan diri anda selepas anda bekerja keras. Ajak rakan atau rakan sekerja anda ke Kenangan Coffee terdekat dan nikmati kenikmatan berganda dengan setiap hirupan Frappe!
Untuk maklumat lanjut atau penebusan, muat turun aplikasi Kenangan Coffee sekarang ikuti mereka di Facebook.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di platform media sosial rasmi kami sekarang! 👇🏻

Krispy Kreme Sambut Ulang Tahun Ke-89, Kotak Ke-2 Half Dozen Original Glazed Hanya RM0.89
ZUS Coffee Anjur Watch Party Piala Dunia FIFA 2026, Bawakan Cabutan Bertuah Dan Goodie Bag Eksklusif
Ayam Gepuk Top Global Bawakan Set Ayam Crispy Drumstick Pada Harga RM9.90 Di Cawangan Terpilih
7 Makanan Terbaik Malaysia Bagi Julai 2026, Roti Canai Di Tangga Pertama
Potato Story Sambut Hari Fries Sedunia Dengan Diskaun 50% Untuk Fries Kedua – Satu Hari Sahaja!
Dah Selesai Mengundi? Ini 20+ Promosi Yang Boleh Ditebus Sempena PRN Johor 2026