10 Promosi Makanan Paling Best Sempena 10.10 – Jangan Lepaskan Tawaran Ini!
Bulan Oktober kembali dengan satu tarikh yang dinanti-nantikan oleh ramai orang – ya, 10.10! Seperti biasa, jenama-jenama makanan dan minuman terkenal pastinya tampil dengan tawaran istimewa yang bukan sahaja mengenyangkan, tapi juga menjimatkan.
1. Kenangan Coffee – Minuman Hanya RM5.50!

Dapatkan minuman kegemaran anda seperti Latte, Americano, Cappuccino, dan Ice Shaken Teas pada harga RM5.50 sahaja, eksklusif di app Kenangan Coffee.
- Tempoh sah: 10 Oktober 2025 sahaja
- Sah di semua outlet kecuali KLIA2
Maklumat lanjut: Facebook Kenangan Coffee Malaysia
2. Mykōri – Kenko Kakigori RM10.10

Nak dessert sejuk-sejuk? Mykōri kembali lagi dengan promosi Kenko Kakigori pada harga RM10.10 sahaja! Tiga pilihan disediakan: Peachy ’10’, Bloom ’10’, dan Tropical ’10’ – semua menggunakan buah-buahan segar. Hanya perlu daftar percuma sebagai Kori-Mate untuk menikmati diskaun ini.
- Tempoh sah: 3 hingga 12 Oktober 2025
Maklumat lanjut: Facebook Mykōri Malaysia
3. The Manhattan FISH MARKET – Fish ‘N Chips Dory RM10.10

Penggemar makanan laut, ini untuk anda! Dapatkan signature Fish ‘N Chips Dory hanya pada harga RM10.10. Lebih best, add-on bermula dari RM3.90 sahaja – jimat besar!
- Tempoh sah: 8 hingga 10 Oktober
Maklumat lanjut: Facebook The Manhattan FISH MARKET
4. Fuiyoh It’s Uncle Roger – Nasi Goreng / Tote Bag RM10.10

Fuiyoh~ sempena 10.10, kedai Fuiyoh! It’s Uncle Roger tawarkan Nasi Goreng kegemaran ramai atau tote bag eksklusif Uncle Roger pada harga RM10.10 sahaja.
- Tempoh sah: 10 Oktober 2025 sahaja
- Tidak sah di KLIA2
Maklumat lanjut: Facebook Fuiyoh It’s Uncle Roger
5. SugarBun – 2 Ketul Ayam Broasted RM9.90

Untuk warga Sabah dan Sarawak, SugarBun ada tawaran menarik – dapatkan 2 ketul ayam Broasted pada hanya RM9.90, satu penjimatan hampir 30%!
- Tempoh sah: 10 Oktober 2025 sahaja
- Sah untuk pembelian di kedai dan juga dalam aplikasi
Maklumat Lanjut: Facebook SugarBun Malaysia
6. Potato Corner – Large Fries PERCUMA!

Beli mana-mana saiz Mega atau ke atas dan nikmati satu Large Fries secara percuma! Tambah RM1 sahaja jika mahu perisa Truffle. Promosi ini sah untuk pembelian walk-in sahaja.
- Tempoh sah: 8 hingga 12 Oktober 2025
- 1 penebusan untuk setiap resit
Maklumat lanjut: Facebook Potato Corner Malaysia
7. Marrybrown – Set Ayam Goreng / Nugget RM10

Dengan hanya RM10, anda boleh pilih sama ada 1-pc Ayam Goreng MB® dengan kentang goreng dan minuman (S), atau 6-pc Nugget dengan minuman (R). Tawaran ini eksklusif di aplikasi MB.
- Tempoh sah: 7 hingga 10 Oktober 2025
- Hanya sah melalui MB App
Maklumat lanjut: Facebook Marrybrown
8. Richeese Factory – Nugget RM10.10

Peminat nugget, jom serbu Richeese Factory! Dapatkan nugget pada harga RM10.10 sahaja – sesuai untuk kudapan bersama keluarga atau rakan-rakan.
- Tempoh sah: 10 hingga 12 Oktober 2025
Maklumat lanjut: Facebook Richeese Factory MY
9. NY Steak Shack – Sizzling Sothwest Chicken RM10.10

Untuk satu hari sahaja, anda boleh menikmati promosi istimewa Sizzling Southwest Chicken pada harga RM10.10, hanya tersedia di beberapa cawangan terpilih – masa terbaik untuk rasai keenakan steak berkualiti tinggi.
- Tempoh sah: 10 Oktober 2025 sahaja
- Lokasi terlibat: IOI City Mall, Setapak Central, Selayang Mall
Maklumat lanjut: Facebook NY Steak Shack
10. emart24 – Set Rabokki / Tteokbokki RM10.10

emart24 menyajikan tawaran menarik yang pasti buat peminat makanan Korea teruja! Dapatkan set kombo lengkap hanya pada RM10.10, dengan pilihan:
Set A – Spicy Rabokki + Korean Honey Tea (Iced) / Barista Iced Latte
Set B – Cheesy Tteokbokki + Korean Honey Tea (Iced) / Barista Iced Latte
- Tempoh sah: 10 hingga 12 Oktober 2025
- Sah di semua outlet emart24 (sementara stok masih ada)
Maklumat lanjut: Facebook emart24
Dengan pelbagai promosi menarik yang ditawarkan sempena 10.10 ini, memang rugi kalau anda tak rebut peluang untuk makan sedap pada harga jimat. Jangan tunggu hingga saat akhir – sesetengah promosi hanya sah untuk satu hari, manakala yang lain terhad kepada waktu tertentu atau sementara stok masih ada.
Tandakan tarikh, pilih menu yang anda suka, dan ajak rakan atau keluarga untuk turut serta. Percayalah, makan sama-sama sambil nikmati diskaun pasti lebih seronok!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
