Berita gembira untuk warga Tanah Merah dan peminat ayam goreng! Texas Chicken Malaysia bakal membuka cawangan terbarunya di Tanah Merah, Kelantan pada 8 Oktober 2025, dan ada satu tawaran yang pasti buat anda teruja…
Ayam Goreng PERCUMA untuk 100 Pelanggan Terawal!
Sempena hari pembukaan, 100 pelanggan terawal yang hadir bermula jam 10 pagi akan menerima ayam goreng PERCUMA daripada Texas Chicken!
- Hanya sah pada 8 Oktober 2025.
- Terhad kepada satu penebusan sahaja untuk setiap orang.
- Tertakluk pada terma & syarat. Sementara stok masih ada.
Jadi, pastikan anda datang awal dan jangan lepaskan peluang istimewa ini!
Dibuka 24 Jam & Mempunyai Pandu Lalu
Salah satu tarikan utama cawangan baharu ini ialah, ia beroperasi 24 jam, lengkap dengan kemudahan pandu lalu untuk anda yang inginkan makanan segera tanpa perlu turun dari kenderaan.
Sama ada anda mencari sarapan awal pagi, makanan lewat malam, atau sekadar singgah sebentar untuk mengisi perut, semuanya kini lebih mudah, pantas, dan selesa!
Lokasi Strategik & Mudah Diakses
Cawangan baharu ini terletak di alamat:
📍 Lot 10012–10016, Manal 1, Jalan Ismail Petra, 17500 Tanah Merah, Kelantan Darul Naim
Ianya berhampiran dengan stesen minyak Petronas, Masjid Al-Falah dan Perodua Service Tanah Merah, menjadikan ia lokasi strategik untuk singgah makan bersama keluarga atau kawan-kawan.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Tandakan kalendar anda pada 8 Oktober 2025 dan jadi antara yang pertama menikmati sajian Texas Chicken di Tanah Merah.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman media sosial Texas Chicken Malaysia di Facebook atau kunjungi terus ke lokasi mereka di Tanah Merah!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!



Krispy Kreme Raikan Hari Kidal Sedunia – 6 Original Glazed Hanya RM13 Pada 13 Ogos 2026
BHC Chicken Tawar Value Meal Bermula RM12.90 – Nikmati Hidangan Korea pada Hari Bekerja
The Chicken Rice Shop Raikan Bulan Kemerdekaan dengan Combo Local Lah RM16.90
Kenangan Coffee Capai 200 Cawangan di Malaysia, Raikan dengan Tawaran Minuman Kedua Hanya RM2
Promosi 8.8 2026: Pelbagai Tawaran F&B Menarik Untuk Anda Nikmati Minggu Ini
Krispy Kreme Tawar 8 Donut Mini Original Glazed Hanya RM8 Untuk Satu Hari Sahaja