Promosi Hari Kopi Sedunia 2025: HWC Coffee, Kenangan Coffee, Gigi Coffee dan Banyak Lagi!
Bagi ramai orang, kopi bukan sekadar minuman, ianya peneman setia sepanjang hari. Sempena Hari Kopi Sedunia 2025, pelbagai jenama kopi di Malaysia menawarkan promosi istimewa yang pasti buat penggemar kopi tersenyum puas. Dari harga serendah RM1 hingga tawaran beli 1 percuma 1, inilah masa terbaik untuk menikmati kopi segar dengan lebih jimat.
1. Teh Tarik Club – Kopi RM1

Tarikh: 1 Oktober 2025
Masa: Mulai 3 petang
Lokasi: Teh Tarik Club, 1 Utama
Nikmati Kopi, Kopi O, Nescafe atau Nescafe O pada harga RM1 dengan pembelian minimum RM10. Terhad kepada pelanggan walk-in sahaja. T&S dikenakan.
Maklumat lanjut: Facebook Teh Tarik Club
2. HWC Coffee – 1000 Cawan Percuma

Tarikh: 1 Oktober 2025
Lokasi: Semua cawangan HWC Coffee
Tebus secawan Panama Geisha Blend secara percuma dengan menunjukkan aplikasi HWC di telefon anda. Terhad kepada 1000 cawan, siapa cepat dia dapat.
Maklumat lanjut: Facebook HWC Coffee Malaysia
3. Bharu Coffee – Beli 1 Percuma 1
Tarikh: 1 Oktober 2025
Lokasi: Semua cawangan Bharu Coffee
Beli 1 minuman, dapat 1 lagi secara percuma. Hanya untuk walk-in. T&S dikenakan.
Maklumat lanjut: Facebook Bharu Coffee
4. J.CO Donuts & Coffee – Beli 1 Percuma 1

Tarikh: 1 Oktober 2025
Lokasi: Semua cawangan J.CO Malaysia
Beli mana-mana minuman kopi (panas/ais), dapat 1 lagi percuma. Minuman percuma mengikut saiz dan jenis minuman dibeli. Walk-in sahaja dan tidak sah digabungkan dengan promosi lain.
Maklumat lanjut: Facebook J.CO Donuts & Coffee, Malaysia
5. Kenangan Coffee – Beli 3 Percuma 2

Tarikh: 29 September – 3 Oktober 2025
Lokasi: Semua cawangan Kenangan Coffee (kecuali KLIA2)
Beli 3 minuman buatan tangan, dapat 2 percuma. Tebus melalui Aplikasi Kenangan Coffee dengan code: COFFEEDAY. Tidak sah untuk D Spanish Latte & Matcha Latte. Minuman percuma adalah dua harga terendah dalam transaksi.
Maklumat lanjut: Facebook Kenangan Coffee Malaysia
6. Dunkin’ – Beli 1 Percuma 1 (Minuman Sejuk)

Tarikh: 1 – 3 Oktober 2025
Lokasi: Semua cawangan Dunkin’ (kecuali PICC & lapangan terbang)
Beli 1 minuman ais saiz M, dapat 1 lagi secara percuma dengan tunjuk post media sosial di kaunter. Terhad 2 set per transaksi dan tidak sah untuk penghantaran. Minuman terlibat ialah Iced Coffee, Americano, Latte, Spanish Latte & Coconut Latte.
Maklumat lanjut: Instagram @dunkin_my
7. Emart24 – Latte RM3.99

Tarikh: 1 – 9 Oktober 2025
Lokasi: Semua cawangan emart24
Minuman hanya RM3.99 setiap satu. Pilihan minuman: Iced Spanish Latte, Roasted Hazelnut Latte, Golden Caramel Latte, Barista Milk Latte. Sementara stok masih ada.
Maklumat lanjut: Facebook emart24
8. Coolblog – 2 Minuman RM9.90 & Minuman 700ml RM9.90

Tarikh: 1 – 31 Oktober 2025
Lokasi: Semua cawangan Coolblog (Walk-in sahaja)
2 minuman 500ml hanya RM9.90. Pilihan: Coffee Smoothie (Tiramisu / Cappuccino / Latte), Brown Sugar Coffee, Americano. Triple Coffee & Choctiramisu 700ml hanya RM9.90 setiap satu (NP sehingga RM12.50).
Maklumat lanjut: Facebook Coolblog Malaysia
9. Gigi Coffee – Americano & Latte RM4.50

Tarikh: 1 Oktober 2025
Lokasi: Semua cawangan Gigi Coffee (Aplikasi)
Americano atau Caffe Latte (Hot/Iced) hanya RM4.50. Tebus dalam aplikasi Gigi Coffee. Terhad kepada 1 penebusan per pengguna.
Maklumat lanjut: Facebook Gigi Coffee
10. Teh Tarik Place – 50% Diskaun Kopi

Tarikh: 1 – 3 Oktober 2025
Lokasi: Semua cawangan Teh Tarik Place
Dapatkan 50% diskaun semua minuman kopi dengan setiap pembelian hidangan utama. Pilihan: Kopi, Cham, Nescafe dan banyak lagi. Untuk pelanggan dine-in sahaja.
Maklumat lanjut: Facebook Teh Tarik Place
Hari Kopi Sedunia hanya datang sekali setahun. Jadi, inilah masanya untuk minum kopi lebih puas dengan harga lebih murah. Selamat menikmati kopi anda!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web atau media sosial rasmi setiap jenama.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

