Kolaborasi Epik FamilyMart & Pokémon Kembali – Barangan Edisi Terhad & Ganjaran Menarik Menanti!
FamilyMart kembali lagi dengan kolaborasi epik bersama Pokémon, menampilkan pelbagai barangan edisi terhad dan ganjaran menarik khas untuk peminat tegar. Promosi ini hanya berlangsung untuk masa terhad dari 24 September hingga 4 November 2025, jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk “catch ’em all”!
Barangan Eksklusif Pokémon yang Mesti Dimiliki
Antara barangan khas yang boleh anda miliki sepanjang kempen ini termasuk:
- Bag Charm (Blind Box) – dapatkan kejutan watak Pokémon kegemaran!
- Kipas Mudah Alih (Portable Fan) – bergaya dan praktikal dengan tema Poké Ball.
- Beg Tote Pokémon – reka bentuk eksklusif dengan Pikachu ceria.
- Passport Cover dan Kad Cop (Stamp Card) – sesuai untuk peminat setia.
Semua barangan ini hanya boleh didapati secara pembelian terus di kedai (walk-in) dan selagi stok masih ada.
Nikmati Makanan Bertemakan Pokémon

Kepada peminat makanan segera, FamilyMart turut memperkenalkan pembungkusan bertema Pokémon pada pelbagai produk seperti:
- Oden
- Snek Panas
- Minuman
- Sandwich
- Sushi
Setiap pembelian bukan sahaja memuaskan selera, malah menjadikan pengalaman lebih menyeronokkan dengan sentuhan dunia Pokémon!
Sertai Cabaran Stamp Rally Pokémon dan Raih Ganjaran!
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai FamilyMart Special Stamp Rally Quest. Hanya ikuti langkah mudah ini:
- Kumpul keenam-enam cop Pokémon dari cawangan FamilyMart yang berbeza.
- Lengkapkan koleksi dan jadi antara 1,000 penyertaan terawal untuk menangi baucar Sofuto percuma!
- Hantar kad cop lengkap melalui pautan ini: https://www.surveymonkey.com/r/DTKG6JL
Senarai lokasi dan reka bentuk cop boleh dilihat di sini.
Ganjaran Tambahan untuk Ahli MY FamilyMart
Ahli MY FamilyMart Member akan menikmati 2x FamiPoints apabila membeli barangan khas Pokémon atau makanan istimewa (seperti sushi). Daftar sekarang di: www.familymart.com.my/membership
Maklumat Penting:
- Promosi ini hanya sah di kedai fizikal FamilyMart di seluruh Malaysia (tidak termasuk KLIA2, Genting dan pembelian dalam talian).
- Barangan dan Kad Cop hanya boleh didapati secara walk-in.
- Tertakluk kepada stok dan perubahan.
Ayuh, sertai pengembaraan Pokémon di FamilyMart hari Ini! Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau media sosial FamilyMart Malaysia di Facebook dan Instagram. Jangan lepaskan peluang keemasan ini sebelum 4 November 2025!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!


