Dapatkan Perlindungan dengan Baucar RM30 – Cara Semak & Tebus Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0
Kerajaan Malaysia meneruskan komitmennya dalam memperkukuh perlindungan sosial rakyat menerusi pelaksanaan Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0, bermula 1 September hingga 31 Disember 2025. Program ini menyasarkan 2 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak, dengan pemberian baucar bernilai RM30 untuk membeli produk insurans atau takaful asas.
Apa Itu Baucar Perlindungan Tenang?
Baucar PTV adalah inisiatif untuk membantu golongan B40 mendapatkan perlindungan kewangan asas melalui pembelian produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.
Produk ini merangkumi perlindungan terhadap kematian, kebakaran, atau kejadian tidak diingini yang memberi impak kewangan. Ia adalah jaringan keselamatan penting, terutama buat keluarga berpendapatan rendah.
Cara Semak Kelayakan & Tebus Baucar
Langkah Semakan:
- Layari laman rasmi Perlindungan Tenang Voucher (PTV).
- Masukkan nombor kad pengenalan (NRIC) dan sahkan captcha.
- Jika layak, nombor baucar akan dipaparkan untuk digunakan semasa pembelian.
Semakan juga boleh dilakukan di mana-mana cawangan, ejen, atau pengedar sah syarikat yang menyertai program.
Cara Menebus Baucar: Dalam Talian & Di Kaunter
Penebusan Dalam Talian:
- Lawati laman rasmi MyCoverage.
- Pilih produk Perlindungan Tenang yang sesuai.
- Klik “Ketahui Lebih Lanjut” untuk ke laman syarikat insurans.
- Lengkapkan maklumat peribadi dan masukkan nombor baucar untuk menebus.
Penebusan Di Kaunter:
Boleh juga menebus terus di pejabat atau menerusi ejen sah. Pastikan semak syarat produk seperti had umur dan jumlah sumbangan sebelum membeli.
Terma & Syarat Penebusan
- Setiap penerima hanya layak menebus satu baucar.
- Baucar tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
- Baucar terbatal selepas tarikh tamat program.
- Hanya penerima STR yang layak boleh menebus.
- Setiap baucar hanya sah untuk satu produk Perlindungan Tenang.
- Proses pembelian mungkin berbeza mengikut syarikat. Sila rujuk wakil syarikat untuk maklumat lanjut.
Untuk senarai syarikat dan produk yang mengambil bahagian, sila lawati laman web rasmi MyCoverage.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
