Ini Yang Menarik Tentang Keretapi Sarong 2025 – Jangan Terlepas!
Keretapi Sarong bukan sekadar acara budaya biasa, ia adalah simbol perpaduan rakyat Malaysia yang diraikan dalam suasana penuh warna, muzik dan tradisi. Bermula pada tahun 2012 oleh komuniti LOCCO, acara ini kembali untuk edisi ke-9 pada Sabtu, 13 September 2025, sempena sambutan Hari Malaysia.
Tahun ini, tema “SERUMPUN” membawa maksud mendalam tentang akar budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia, termasuk dari Sabah, Sarawak serta jiran serantau seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Ia menzahirkan semangat kekitaan yang melangkaui sempadan geografi.
Apa Yang Menarik Tahun Ini?

Peserta dari seluruh negara termasuk di Johor, Perak, Kelantan, Pahang dan luar negara akan berhimpun dengan mengenakan sarung serta pakaian tradisional. Untuk acara di Lembah Klang, peserta akan bergerak bersama dari 11 stesen tren terpilih sekitar Lembah Klang ke lokasi rahsia, tradisi tahunan yang menambah elemen kejutan setiap kali acara berlangsung.
Acara sepanjang hari akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti budaya dan hiburan:
- Persembahan nyanyian, muzik tradisional dan kontemporari
- Joget Lambak beramai-ramai
- Persembahan khas dari Aina Abdul, KL Drum & Pipes by Saji, dan ramai lagi
- Kuiz, cabutan bertuah dan kempen “Merdeka Daripada Scam”
- Malam Bintang Purnama, segmen persembahan seni dan akustik yang santai
Nota: Rujuk perjalanan acara di akhir artikel.
Cara Menyertai Keretapi Sarong 2025

Penyertaan adalah PERCUMA, terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pelancong antarabangsa. Hanya ikut langkah mudah ini:
- Pakai sarung atau pakaian tradisional – digalakkan untuk digayakan dengan kreatif.
- Datang ke mana-mana 11 stesen tren yang ditetapkan (lihat gambar di atas)
- Gunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, KTM, ERL atau bas.
- Bawa bersama:
- Kad Touch ‘n Go
- Air minuman dan makanan ringan
- Deodorant (penting untuk keselesaan sewaktu acara sepanjang hari)
- Bendera dan semangat ceria untuk raikan Hari Malaysia
Tip tambahan: Datang awal untuk elakkan kesesakan dan pastikan anda mengikuti media sosial rasmi Keretapi Sarong untuk maklumat lokasi terkini.
Jom Raikan Hari Malaysia Dengan Sarung!

Kredit Gambar: Muhamad Iqbal Rosli (Utusan)
Keretapi Sarong 2025 bukan hanya tentang menaiki tren, tetapi ianya tentang kita semua sebagai rakyat Malaysia yang bersatu dalam semangat kebersamaan. Pastikan anda sertai pergerakan budaya yang unik ini dan jangan ketinggalan menjadi sebahagian daripada sejarah.
Layari laman web rasmi atau ikuti saluran media sosial rasmi LOCCO di Facebook, Instagram atau TikTok untuk maklumat terkini.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp



