Texas Chicken kembali dengan tawaran istimewa untuk rakyat Malaysia menerusi Menu Rahmah Kasih Sayang – kali ini dengan pilihan menu baharu yang lebih membangkitkan selera!
Tawaran ini adalah sebagai usaha menyokong inisiatif Menu Rahmah dan memastikan semua lapisan masyarakat dapat menikmati hidangan berkualiti pada harga berpatutan.
Dua Pilihan Menu Rahmah
Untuk hanya RM5 setiap kombo, anda boleh menikmati:
- Kantan Cili Rice Bowl + Air Minuman (Dasani)
- Buttermilk Rice Bowl + Air Minuman (Dasani)
Dua pilihan lazat ini disajikan lengkap dengan nasi, ayam rangup dan sos signature Texas Chicken yang sesuai untuk hidangan tengah hari yang memuaskan dan menjimatkan.
Terma & Syarat Promosi
- Sah setiap hari dari 12 tengah hari hingga 6 petang sahaja
- Tawaran terhad kepada 30 set kombo untuk setiap pelanggan walk-in
- Tidak tersedia di Texas Chicken KLIA2 dan Genting Highlands
- Tidak sah untuk pembelian di trak makanan atau digabungkan dengan promosi lain
Untuk maklumat lanjut dan senarai lokasi, lawati laman web rasmi Texas Chicken Malaysia atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian