Sambut bulan kemerdekaan & Hari Malaysia dengan gaya santai dan penuh selera di Serai Bamboo Hotspring Café! Mulai 30 Ogos hingga 30 September 2025, anda boleh menikmati Breakfast Buffet Merdeka Festive dengan harga mesra rakyat, sesuai untuk keluarga dan geng makan anda!
Pelbagai Hidangan Kegemaran Rakyat Malaysia

Dengan harga serendah RM10 (dewasa) & RM6 (kanak-kanak), anda boleh menikmati pelbagai juadah sarapan kegemaran rakyat Malaysia, antaranya:
- Kuih-muih tradisional
- Roti bakar & roti jala
- Nasi lemak & mee goreng
- Pelbagai hidangan berasaskan telur (omelet, telur hancur, telur goreng)
- Minuman panas
Sarapan Pagi Bersama Percutian Mini

Apa yang lebih menarik, lokasi kafe ini berada di kawasan Serai Bamboo Hotspring. Jadi, selepas kenyang bersarapan, anda boleh terus menikmati kolam air panas yang tersedia – sesuai untuk dewasa mahupun kanak-kanak dengan adanya kids pool.
Lebih jimat, ada promosi tambahan untuk pengunjung:
- Beli buffet untuk 5 orang, percuma 1 tiket masuk ke hotspring
- Beli buffet untuk 10 orang, percuma 3 tiket masuk ke hotspring
Memang berbaloi untuk anda yang datang bersama keluarga besar atau kawan-kawan yang ramai!
Lokasi & Tempoh Promosi
Alamat: Serai Bamboo Hotspring Café Batu 12, Kampung Sungai Serai,43100 Hulu Langat, Selangor.
Tempoh Promosi: 30 Ogos – 30 September 2025 / Selasa – Ahad (7.30 pagi – 11.30 pagi)
Untuk maklumat lanjut, lawati laman sosial Serai Bamboo Hotspring di Facebook.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Krispy Kreme Sambut Ulang Tahun Ke-89, Kotak Ke-2 Half Dozen Original Glazed Hanya RM0.89
ZUS Coffee Anjur Watch Party Piala Dunia FIFA 2026, Bawakan Cabutan Bertuah Dan Goodie Bag Eksklusif
Ayam Gepuk Top Global Bawakan Set Ayam Crispy Drumstick Pada Harga RM9.90 Di Cawangan Terpilih
7 Makanan Terbaik Malaysia Bagi Julai 2026, Roti Canai Di Tangga Pertama
Potato Story Sambut Hari Fries Sedunia Dengan Diskaun 50% Untuk Fries Kedua – Satu Hari Sahaja!
Dah Selesai Mengundi? Ini 20+ Promosi Yang Boleh Ditebus Sempena PRN Johor 2026