Langkah Mudah Daftar MyDigital ID untuk Akses Pelbagai Perkhidmatan Kerajaan
Dengan pelbagai perkhidmatan kerajaan kini beralih ke arah digital, rakyat Malaysia digalakkan untuk mendaftar MyDigital ID, satu identiti digital selamat yang bakal menjadi laluan utama untuk mengakses platform rasmi kerajaan seperti MySejahtera, JPJ, dan e-Tanah.
Kini, anda tidak perlu lagi ke kiosk atau pejabat – hanya gunakan telefon pintar anda untuk mendaftar dengan mudah.
Langkah-Langkah Daftar MyDigital ID di Telefon
1. Sediakan Dokumen & Muat Turun Aplikasi
Pastikan anda ada MyKad, sambungan internet stabil, dan telefon dengan kamera. Kemudian, muat turun aplikasi MyDigital ID dari Google Play Store atau Apple App Store.
2. Pendaftaran Dalam Talian
Buka aplikasi dan tekan “Register Online”. Masukkan alamat emel, sahkan melalui OTP yang dihantar ke emel. Kemudian, isikan nama penuh dan nombor MyKad anda.
3. Pengesahan Identiti (e-KYC)
Ambil gambar MyKad (depan & belakang), kemudian lakukan imbasan wajah mengikut arahan dalam aplikasi.
4. Tetapkan Kata Laluan
Cipta kata laluan minimum dengan 8 aksara untuk kegunaan log masuk di masa hadapan.
5. Pendaftaran Selesai!
Setelah disahkan, identiti digital anda akan disimpan secara selamat dalam aplikasi.
Kegunaan MyDigital ID

MyDigital ID kini boleh digunakan untuk akses ke:
- MySejahtera – rekod kesihatan & vaksin
- JPJ – urusan lesen & cukai jalan
- e-Tanah – urusan hartanah
- MyJPJ & MyBayar PDRM – akan diwajibkan dalam masa terdekat
Untuk log masuk di komputer atau laptop, pilih pilihan QR login, imbas kod melalui aplikasi, dan masukkan kata laluan anda.
Lupa Kata Laluan atau Tukar Telefon?
Jika telefon rosak, hilang, atau anda terlupa kata laluan:
- Ambil semula gambar MyKad
- Lakukan semula imbasan wajah (e-KYC)
- Masukkan semula butiran peribadi
Jika sijil digital tamat tempoh, anda boleh memperbaharuinya dalam masa 90 hari melalui aplikasi.
Soalan Lazim

- Siapa yang boleh mendaftar?
Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan MyKad yang sah. - Adakah ianya percuma?
Ya, pendaftaran dan penggunaan MyDigital ID adalah percuma. - Adakah ianya selamat?
Seperti MyKad, ia berkait rapat dengan identiti anda. Jadi, jangan kongsi kata laluan dengan sesiapa dan pastikan telefon anda sentiasa selamat.
Untuk maklumat lanjut dan panduan lengkap, layari laman web rasmi MyDigital ID di www.digital-id.gov.my
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp
