Jika anda sedang mencari port lunch yang selesa, sejuk dan paling penting budget-friendly sekitar Seksyen 8, Bangi, Sepayong Cafe adalah pilihan terbaik untuk anda! Kini mereka menawarkan Promo Set Lunch yang lengkap dan berbaloi dengan harga hanya RM15 sahaja, siap dengan air sirap sejuk PERCUMA!
Set Lunch Istimewa – Ikan Pari Bakar Peranakan
Dalam set promo ini, anda akan menikmati hidangan lengkap seperti:
- Ikan Pari Bakar Peranakan yang lembut dan penuh rasa
- Nasi putih panas
- Sambal pedas menyengat
- Tempe goreng dan keropok
- Sayur segar dan kuah
Memang puas hati dan kenyang! Set ini bukan sahaja sedap, tapi disediakan oleh chef bertaraf antarabangsa, menjanjikan rasa seperti makan di hotel.
Suasana Kafe Yang Selesa & Staf Mesra Pelanggan
Selain makanan sedap, kafe ini juga:
- Menawarkan suasana selesa dengan pencahayaan hangat
- Bersih, tenang & sesuai untuk makan santai atau bekerja
- Hidangan disajikan cantik ala hotel
- Staff dan barista mesra serta cekap
Tak kira datang seorang diri, bersama rakan sekerja atau keluarga, kafe ini memang selesa untuk dijadikan port lunch harian.
Lokasi & Waktu Operasi
Lokasi: Sepayong Cafe, 71, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Tutup setiap Selasa)
Untuk tempahan dan info lanjut, hubungi Sepayong Cafe di WhatsApp atau layari media sosial mereka di Facebook dan Instagram.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian