February 12, 2026

Nak Beli iPhone Secondhand? Ini 6 Perkara Wajib Anda Semak Sebelum Beli

image_2025-08-19_120736557

Memandangkan harga iPhone baharu semakin mahal, ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli unit terpakai. Walau bagaimanapun, pembelian iPhone terpakai memerlukan perhatian yang teliti untuk mengelakkan risiko tertipu atau kerugian.

1. Semak Nombor IMEI & Status Blacklist

       

Sebelum bayar, semak nombor IMEI (boleh didapati di “Settings” atau pada SIM tray) untuk memastikan ia tidak dilaporkan sebagai hilang atau dicuri. Gunakan laman seperti CTOS Device Check untuk pengesahan.

2. Periksa Kesihatan Bateri

iPhone terpakai selalunya mempunyai kapasiti bateri yang telah menurun. Pergi ke Settings > Battery > Battery Health – jika kapasiti di bawah 80%, anda mungkin perlu ganti bateri yang mana ia boleh menelan kos lebih RM300.

3. Pastikan Tiada Apple ID Terdahulu

Pastikan fungsi Find My iPhone telah dimatikan dan Apple ID asal sudah dipadam. Jika tidak, iPhone itu mungkin terkunci dan tidak boleh digunakan.

4. Pastikan Sudah Factory Reset

Minta penjual lakukan factory reset di hadapan anda. Uji fungsi asas seperti kamera, mikrofon, pembesar suara, Face ID / Touch ID dan sambungan Wi-Fi.

5. Keserasian Kemas Kini iOS

Model lama seperti iPhone 8, X, dan XR sudah tidak menyokong iOS terkini. iPhone 11 mungkin menerima kemas kini terakhirnya dengan iOS 26.

6. Pemeriksaan Fizikal

Periksa kaca, bingkai dan slot SIM agar tiada kerosakan atau kesan air. Kerosakan luaran mungkin boleh diterima dengan harga diskaun, tetapi elakkan kerosakan dalaman yang mahal untuk dibaiki.

Di Mana Nak Beli iPhone Terpakai?

Antara platform popular ialah Carousell, Mudah.my, dan Facebook Marketplace. Tetapi, pengguna perlu berhati-hati dengan penipuan. Alternatif lebih selamat ialah beli dari kedai telefon bertauliah, penjual refurbished atau telco yang menawarkan jaminan dan polisi pemulangan.

Anggaran Harga (Ogos 2025):

  • iPhone X: bawah RM1,000
  • iPhone 13: sekitar RM1,500 – RM2,500
  • Unit refurbished mungkin lebih mahal sedikit, tetapi lebih selamat dengan jaminan.

Polisi Jaminan & Pemulangan

Penjual individu biasanya tidak menawarkan jaminan. Sesetengah penjual mungkin akan benarkan pemulangan dalam tempoh 7 hari. Namun, jika anda beli di kedai, mereka biasanya akan tawarkan jaminan 1 minggu hingga beberapa bulan. Jangan lupa simpan resit untuk tujuan bukti pembelian.

Kesimpulan

Beli iPhone terpakai memang boleh jimat, tetapi jangan ambil mudah. Semak dengan teliti dan pilih penjual yang dipercayai. Elakkan tawaran yang terlalu murah dan meragukan.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

 

Artikel ini turut diterbitkan oleh rakan kami di PriceShop. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi PriceShop Malaysia sekarang.