April 21, 2026

ZUS Coffee x MR.D.I.Y: Dapatkan Keychain Kita-Kita dengan Setiap Pembelian Minimum RM25!

ZUS Coffee Keychain

ZUS Coffee kini berkolaborasi dengan MR.D.I.Y dalam kempen istimewa Kita-Kita Series, di mana pelanggan berpeluang mendapatkan keychain comel dan DIY secara percuma dengan setiap pembelian minimum RM25 minuman handcrafted melalui aplikasi ZUS. Promosi ini sah mulai 18 Ogos hingga 21 September 2025, selagi stok masih ada.

3 Reka Bentuk Keychain untuk Dikumpul

Koleksi Kita-Kita Series hadir dengan 3 reka bentuk menarik:

  • Kedai Kita
  • Bengkel Kita
  • Van Kita

Keychain akan diberikan secara rawak dalam pembungkusan yang tidak dapat dilihat (blind packaging) menjadikan setiap pembelian satu kejutan!

Cara Menebus Keychain Anda

  1. Buka aplikasi ZUS Coffee dan pilih PICKUP.
  2. Tambah minuman handcrafted bernilai sekurang-kurangnya RM25.
  3. Pastikan pilihan FREE Kita-Kita DIY Keychain muncul sebelum daftar keluar.
  4. Ambil pesanan anda dan mulakan DIY keychain anda!

Tawaran ini tidak sah untuk pesanan penghantaran melalui aplikasi ZUS atau platform pihak ketiga.

Terma & Syarat Ringkas

  • Sah untuk pembelian handcrafted drinks sahaja (tidak termasuk Espresso, botol, makanan & barangan lain).
  • Satu penebusan keychain setiap transaksi (tiada had jumlah penebusan bagi setiap pengguna).
  • Tidak tersedia di beberapa cawangan iaitu ZUS Signature Taman Paramount, Petaling Jaya, ZUS Signature Sunway Pyramid (Oasis Entrance), ZUS Signature Menara Keck Seng, Jalan Bukit Bintang dan ZUS Signature Farenheit 88 Mall.
  • Selagi stok masih ada.

Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp