Nikmati pagi anda dengan lebih bermakna di Kolumpo Kopitiam, port santai yang menyajikan pelbagai pilihan makanan tradisional dengan harga yang pasti berbaloi. Bermula seawal jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi setiap hari, anda boleh menikmati Breakfast Combo serendah RM6.90++ sahaja!
Set Sarapan Istimewa
Terdapat tiga pilihan set sarapan lazat yang pasti mengenyangkan:
- Set Roti Bakar Butter Kaya – dihidang bersama Kopi O/Teh O dan telur separuh masak.
- Set Roti Titab – kombinasi unik roti, kaya dan telur separuh masak.
- Set Nasi Lemak – lengkap dengan sambal, telur rebus, dan ½ kaya toast, disertakan dengan minuman pilihan Kopi O/Teh O.
Menu Berat Sepanjang Hari
Tak sempat sarapan? Jangan risau! Kolumpo Kopitiam juga menawarkan menu berat yang menyelerakan sepanjang hari:
- Nasi Lemak Rendang Tok
- Nasi Lemak Ayam Dara Berempah
- Roasted Chicken Rice
- Nyonya Curry Laksa
- Hor Fun & Mee Rebus
- Pelbagai jenis Nasi Goreng
Kudapan & Minuman Klasik
Ingin lepak santai? Jom nikmati:
- Cucur, Roti Jala & Roti TupTap
- French Toast gebu
- Roti Butter Kaya / Peanut Butter
Lengkapkan hidangan anda dengan pelbagai pilihan minuman seperti Kopi padu, Teh Tarik kaw, Milo, Soya Cincau, dan banyak lagi. Hi-Tea Combo serta Dim Sum turut tersedia!
Lokasi & Waktu Operasi
Kolumpo Kopitiam beroperasi di TTDI, Ampang, Sri Rampai dan Cheras setiap hari dari 7.30 pagi hingga 10 malam dengan waktu rehat pada hari Jumaat 12.30 petang hingga 2.30 petang.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman media sosial Kolumpo Kopitiam di Facebook dan Instagram.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian