10 Promo Hari Lahir Terbaik 2025: Tawaran Istimewa untuk Menikmati Hari Kelahiran Anda
Sambut hari lahir anda dengan lebih meriah tahun ini! Banyak jenama dan lokasi menarik di Malaysia menawarkan promosi dan hadiah percuma sempena bulan kelahiran anda.
Daripada tiket masuk percuma ke tarikan terkenal, minuman percuma, hingga kek percuma, semuanya boleh dinikmati jika anda tahu di mana untuk menebusnya.
Berikut adalah senarai penuh promosi hari lahir terkini untuk tahun 2025 (kemaskini Ogos):
1. Aquaria KLCC

Mulai 1 Ogos 2025, Aquaria KLCC menawarkan kemasukan percuma kepada rakyat Malaysia dan Penduduk Tetap (PR) sepanjang bulan kelahiran anda.
-
Tempoh: Sepanjang bulan kelahiran anda (hari bekerja sahaja) bermula 1 Ogos 2025.
-
Syarat: Warganegara Malaysia (MyKad/MyKid) atau Penduduk Tetap (Red IC). Walk-in sahaja, tidak terima tempahan dalam talian.
-
Cara Tebus: Maklumkan di kaunter tiket dan imbas kod QR yang disediakan.
- Nota: Boleh ditebus sekali setahun. Kanak-kanak 3–12 tahun mesti ditemani dewasa. Bawah 3 tahun masuk percuma.
2. Zoo Negara

Zoo Negara memberi tiket percuma pada hari lahir anda dan sehingga 30 hari selepasnya.
- Tempoh: Dari tarikh lahir hingga 30 hari selepas. Tidak sah sebelum tarikh lahir.
-
Syarat: Warganegara Malaysia sahaja.
-
Cara Tebus: Walk-in ke kaunter tiket utama dengan membawa bersama MyKad, MyKid, atau sijil lahir asli.
-
Nota: Zoo Negara juga tawarkan pakej pesta hari lahir merangkumi tiket, persembahan haiwan dan permainan.
3. Redbox & Greenbox Karaoke

Ahli Red Box berpeluang menikmati 3 jam sesi karaoke percuma pada hari lahir.
-
Tempoh: Hari lahir, 3 hari sebelum dan 3 hari selepas.
-
Syarat: Ahli kad Red Box, hadir bersama minimum 2 orang.
-
Cara Tebus: Tunjukkan kad keahlian Red Box & MyKad di kaunter.
- Nota: Rakan yang bukan ahli hari lahir perlu bayar harga biasa. Tidak sah untuk bilik VIP/VVIP.
4. Tealive

Ahli aplikasi Tealive akan menerima baucar minuman percuma pada 1 haribulan bulan lahir mereka.
-
Syarat: Ahli Tealive Rewards. Boleh daftar walaupun pada bulan kelahiran.
-
Cara Tebus: Baucar akan muncul di tab “Rewards” aplikasi Tealive pada hari pertama bulan kelahiran. Gunakan baucar tersebut ketika membuat pesanan.
5. The Coffee Bean & Tea Leaf

Ahli MyCBTL boleh menebus sepotong kek percuma dengan sebarang pembelian minuman.
- Syarat: Ahli MyCBTL dengan pembelian sebarang minuman.
-
Cara Tebus: Gunakan Birthday Treat Voucher di bahagian “My Privileges” untuk tebus kek percuma.
-
Nota: Daftar dan isi tarikh lahir dalam aplikasi MyCBTL sebelum bulan kelahiran.
6. FamilyMart 
Nikmati Sofuto percuma sepanjang bulan kelahiran anda.
-
Syarat: Ahli MY FamilyMart.
-
Cara Tebus: Daftar sebagai ahli MY FamilyMart. Tawaran akan dikreditkan ke akaun ahli pada bulan lahir.
7. Boost Juice

Ahli VIBE Membership dapat menikmati minuman percuma.
-
Tempoh: 14 hari sebelum, pada hari lahir, atau 14 hari selepas hari lahir.
- Syarat: Ahli VIBE sahaja. Perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1 VIBE point..
-
Cara Tebus: Daftar sebagai ahli VIBE. Tunjukkan kad ahli VIBE & MyKad/pasport di kaunter.
8. Dunkin’ Donuts

Untuk bulan Ogos, pelanggan boleh tebus donat percuma dengan pembelian Iced Dunkin’ Coffee (M) atau Iced Latte (M).
-
Syarat: Lakukan pembelian minuman terpilih. Tidak sah di cawangan PICC & lapangan terbang.
-
Cara Tebus: Tunjukkan Kad Pengenalan di kaunter dan beli Iced Dunkin’ Coffee (M) atau Iced Latte (M).
- Nota: Ahli Dunkin’s Rewards akan mendapat 3x mata ganjaran untuk pembelian pada hari lahir.
9. Sushi King

Raikan hari lahir anda dengan dessert percuma dan Smile Points khas untuk ahli Sushi King!
- Tempoh: Sepanjang bulan kelahiran.
-
Syarat: Tidak sah di Sushi King Kiosk (hanya boleh kumpul Smile Points). Screenshot kod QR tidak diterima, ahli perlu tunjuk kod asal dari aplikasi.
-
Cara Tebus: Log masuk ke aplikasi Sushi King MY, kemudian tunjukkan Member ID QR Code ketika membuat pesanan untuk menebus Birthday Reward.
10. CU Malaysia & MYNEWS

Ahli myNEWS boleh menikmati soft serve CU atau Maru Coffee percuma pada bulan lahir.
-
Syarat: Tawaran automatik dimasukkan ke akaun pada awal bulan lahir.
-
Cara Tebus: Daftar sebagai ahli myNEWS, pastikan tarikh lahir dikemas kini dalam profil. Tebus di cawangan CU.
- Nota: Reward akan masuk automatik pada hari pertama bulan kelahiran.
Nota Hrga.MY: Setiap tawaran yang disenaraikan tertakluk kepada perubahan.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
