Bukan sekadar sarapan, tetapi pesta pagi anda! BlueBird Café di Hotel Olimpik Malaysia menghidangkan bufet sarapan dengan menu mingguan yang berbeza sepanjang Ogos 2025, menampilkan gabungan hidangan klasik tempatan dan Barat yang memuaskan setiap selera pada harga yang berbaloi.
Menu Mingguan yang Berbeza
- Minggu 1 (28 Julai – 3 Ogos & 25 – 31 Ogos): Nasi Lemak dengan Kari Ayam, Mac & Cheese, Nugget, Bubur Kacang Merah dan banyak lagi.
- Minggu 2 (4 – 10 Ogos): Nasi Lemak Rendang Ayam, Aglio Olio Spaghetti, Popcorn Chicken, Bubur Kacang Hijau dan banyak lagi.
- Minggu 3 (11 – 17 Ogos): Nasi Lemak Ayam Merah, Carbonara Spaghetti, French Fries, Bubur Barli dan banyak lagi.
- Minggu 4 (18 – 24 Ogos): Nasi Lemak Sambal Ayam, Pasta Spaghetti, Potato Wedges, Bubur Jagung dan banyak lagi.
Pilihan Hidangan Tempatan dan Barat
Hidangan tempatan merangkumi pelbagai menu kegemaran seperti Lontong, Mee Goreng, Bubur, Sayur Tumis dan Telur Rebus. Manakala hidangan Barat termasuk Mini Pancake/Waffle, Cereal dengan Susu, Roti Bakar bersama mentega/kaya/coklat, serta salad segar.
Pencuci Mulut dan Minuman Menyegarkan
Pelbagai pencuci mulut seperti kuih-muih, kek campuran, aiskrim batang, buah-buahan segar, serta minuman seperti kopi panas, teh panas, dan air balang pelbagai rasa (Mango, Honey Dew, Orange, Chocolate).
Maklumat Lanjut Bufet Sarapan
Waktu: Setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi
Lokasi: Hotel Olympic Malaysia, Ground Floor, Jalan Hang Jebat, City Centre, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 011-11064888
Harga Dewasa:
- Harga Biasa: RM29.90
- Harga Promosi Hari Biasa (Diskaun 50%): RM14.95
- Harga Promosi Hujung Minggu (Diskaun 35%): RM19.45
Harga Kanak-kanak (90 – 110 cm): RM9.90
Nota: Untuk menikmati diskaun, pembayaran perlu dibuat sebelum jam 11.00 malam sehari sebelumnya.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut, lawati laman web atau media sosial rasmi Hotel Olympic Malaysia di Facebook dan Instagram.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp







CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian