Nikmati Sarapan Pagi Ringkas di myNEWS: Promosi All-Day Breakfast dari Serendah RM7.99!
Nikmati sarapan lazat dan jimat di semua cawangan myNEWS yang menawarkan produk Maru Kafe dengan promosi All-Day Breakfast. Bermula dari serendah RM7.99, anda boleh pilih kombinasi makanan dan kopi panas kegemaran anda, sempurna untuk mulakan hari anda dengan penuh bertenaga!
Kombinasi Sarapan Menarik dari Maru




Maru Kafe tawarkan beberapa pilihan kombinasi makanan dan minuman panas yang sesuai untuk pelbagai selera, daripada nasi lemak tempatan hingga wrap bergaya moden:
- RM7.99: Maru Rasa Lokal Series (seperti nasi lemak) + Maru Coffee (Hot Americano, Hot Cappuccino atau Hot Latte)
- RM8.99: Maru English Muffin + Maru Coffee
- RM10.99: Maru Sandwich (Chef’s Choice) + Maru Coffee (*Tidak termasuk siri roti wholemeal)
- RM13.99: Maru Wrap + Maru Coffee
Pilihan Kopi Panas yang Menyegarkan
Setiap set disertakan dengan secawan Maru Coffee pilihan anda:
- Hot Americano
- Hot Cappuccino
- Hot Latte
Dihidang panas, kopi ini memang pilihan terbaik untuk kekalkan tenaga sepanjang hari.
Sepanjang Hari, Setiap Hari
Apa yang menarik, promosi All-Day Breakfast ini sah sepanjang hari – bukan terhad pada waktu pagi sahaja. Jadi anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa, tidak kira waktu pagi, tengah hari mahupun petang. Sesuai untuk mereka yang mempunyai jadual tidak menentu tetapi tetap mahu menjamu selera dengan hidangan ringkas.
Promosi ini sah di semua cawangan myNEWS yang menawarkan Maru Kafe.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi di myNEWS, layari laman Facebook mereka di myNEWS Malaysia.
Nak dapatkan pelbagai maklumat dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di platform media sosial rasmi kami sekarang! 👇🏻
