April 15, 2026

LaLaport BBCC Berwajah Baharu: Rasai Pengalaman Beli-Belah Berkonsepkan Jepun di Kuala Lumpur

LalaPort Renewed Refreshed

LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC), yang pertama kali dibuka pada Januari 2022, kini kembali dengan wajah baharu yang lebih segar berinspirasikan budaya serta gaya hidup Jepun.

Penambahbaikan ini bukan sekadar kosmetik semata-mata, namun ia turut melibatkan perubahan konsep menyeluruh termasuk pembukaan Mitsui Outlet Park BBCC, pelbagai jenama eksklusif Jepun, zon hiburan keluarga, serta pengalaman budaya pop yang belum pernah dilihat di Malaysia.

Outlet Pertama di Tengah Kota

Mitsui Outlet LaLaport

Mitsui Outlet Park BBCC memperkenalkan konsep beli-belah outlet pertama dalam bandar, menjadikannya destinasi ideal bagi warga kota yang ingin menikmati jenama premium pada harga outlet.

Terletak di Aras 3, lebih 30 jenama antarabangsa seperti adidas, Puma, Under Armour, Carlo Rino, Skechers dan banyak lagi kini boleh diakses dengan mudah dalam suasana moden dan selesa.

Serbuan Jenama Jepun Pertama di Malaysia

LaLaport BBCC kini menjadi lokasi pilihan utama bagi jenama Jepun yang pertama kali menembusi pasaran Malaysia. Antara yang menanti pengunjung ialah:

  • REGAL, kasut kulit buatan tangan dari Jepun yang dikenali dengan ketahanan dan reka bentuk klasik.
  • GLOBAL WORK, jenama pakaian kasual moden untuk seisi keluarga.
  • earth music&ecology, pilihan pakaian feminin berinspirasikan alam dan kesederhanaan.
  • Over Print, jenama fesyen jalanan Jepun dengan kemeja-T grafik eksklusif.
  • 3COINS, kedai gaya hidup yang menawarkan pelbagai barangan harian yang praktikal dan bergaya, semuanya pada harga mampu milik.

Jenama-jenama ini hanya boleh didapati di LaLaport BBCC, menjadikan pusat beli-belah ini sebagai hub eksklusif gaya hidup Jepun di Malaysia.

Lebih Daripada Beli-Belah: Dunia Hiburan dan Budaya Pop

Molly Fantasy LaLaportKredit gambar: LaLaport BBCC

Untuk keluarga dan peminat permainan, Molly Fantasy kini dibuka dengan tarikan utama seperti Pokémon Mezastar Stadium dan Dojo Taiko no Tatsujin pertama di Asia Tenggara. Zon hiburan ini menjanjikan keseronokan arked dalam suasana mesra keluarga.

Sementara itu, ACG BASE di Tingkat 2 membuka dunia baharu untuk peminat anime, komik dan permainan. Animate kini memiliki kedai tetap di LaLaport BBCC, lengkap dengan Animate Café bertemakan anime. Terdapat juga Dimension Pop Town, The Pink Room dan Doko Koko, iaitu ruang bergaya dan imersif yang membolehkan pengunjung berbelanja, bergambar dan menikmati suasana budaya pop Jepun.

Destinasi Gaya Hidup & Transit Terkini

LalaPort BBCC Transportation Hub

LaLaport turut memperkenalkan LaLaport Transportation Hub (LTH) yang menyediakan kemudahan bas ke Singapura dan Thailand serta shuttle ke lapangan terbang. Malah, terdapat perkhidmatan ulang-alik khas “LaLaport mobi” ke Mont Kiara dan Bukit Bintang menjadikan pusat ini bukan sahaja tempat membeli-belah, tetapi juga hab transit baharu di tengah bandar Kuala Lumpur.

Peluang Menang Hadiah & Nikmati Promosi Eksklusif

Kredit gambar: LaLaport BBCC

Sempena pelancaran wajah baharu ini, LaLaport BBCC turut menawarkan cabutan bertuah dengan hadiah bernilai sehingga RM70,000, baucar eksklusif dan diskaun dengan masa terhad. Ini adalah masa terbaik untuk berkunjung dan mengalami sendiri perubahan baharu ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti menarik di LaLaport BBCC, sila ikuti laman web rasmi, Facebook atau Instagram.