Mulakan pagi anda dengan sarapan di The Chicken Rice Shop! Anda boleh menikmati menu Everyday Breakfast dari jam 8 pagi hingga 11 pagi, dengan set combo serendah RM6.90.
Pilihan Set Combo Menarik
Nikmati pelbagai hidangan sarapan klasik dan moden yang pasti buat anda puas hati. Antara pilihan yang ditawarkan termasuk:
- Combo 1 (RM6.90): 2 biji telur separuh masak atas roti Hainan
- Combo 2 (RM6.90): Roti Hainan dengan Kaya Butter + 2 telur separuh masak
- Combo 3 (RM9.80): Roti Hainan dengan telur hancur & serunding ayam
- Combo 4 (RM10.90): Nasi lemak dengan kari ayam
- Combo 5 (RM8.90): Mi kari (saiz kecil)
- Combo 6 (RM8.90): Roti Hainan + Kari Ayam
- Combo 7 (RM8.90): 2 keping roti canai + Kari Ayam
- Combo 8 (RM7.65): Bubur ayam dengan ayam carik & telur
Setiap kombo disertakan Kopi “O” atau Teh “O”. Tambah RM1 sahaja untuk naik taraf ke minuman panas lain seperti teh tarik atau kopi susu.
Nak Pilih Sendiri? Ada Juga Menu Ala Carte

Untuk anda yang mahukan lebih fleksibiliti, The Chicken Rice Shop turut menyediakan pelbagai pilihan ala carte dengan harga berpatutan, sesuai untuk anda yang mahu memilih ikut selera sendiri.
Maklumat dan Syarat Promosi
Lokasi: Di cawangan The Chicken Rice Shop yang mengambil bahagian
Waktu: Setiap hari dari 8:00 pagi – 11:00 pagi
Syarat:
- Sah untuk dine-in sahaja
- Tertakluk kepada terma & syarat
- Promosi berjalan selagi stok masih ada
Kunjungi laman web rasmi The Chicken Rice Shop untuk maklumat lanjut tentang menu, harga dan lokasi cawangan berhampiran anda.

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian