Zaman sekarang nak cari lunch bawah RM15 dengan lauk best dan air sekali memang agak susah. Tapi, Teh Tarik Place dah memudahkan korang dengan tawaran Super Saver Set RM14.90, khas untuk yang nak makan puas waktu tengah hari!
Set lunch ini boleh didapati setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 11 pagi hingga 3 petang, khas di beberapa cawangan terpilih iaitu The Curve, Setia City Mall, dan Signature, Cheras.
Apa Yang Ada Dalam Set?
Setiap hidangan datang lengkap dengan:
- Nasi Putih Telur Dadar
- Sayur Hari Ini
- Teh O’ Ais
- Dan pilihan lauk utama dari 8 jenis!
Pilihan Lauk Yang Padu!

Tak kira korang penggemar ayam, daging atau ikan, semua lauk ada! Portion pun tak kedekut, sesuai untuk isi perut waktu tengah hari.
- Daging Black Pepper
- Buttermilk Chicken
- Chicken Rendang
- Ikan Kembung Berlado
- Kurma Daging
- Ikan Kembung Sweet Sour
- Sambal Paru
- Chicken Curry
Add-On Pun Ada Banyak Pilihan

Kalau korang jenis yang nak makan lebih atau nak share dengan kawan, boleh tambah side dish dari serendah RM2.50!
- Bergedil – RM2.50
- Sambal Tempe – RM3.00
- Telur Masin – RM2.50
- Sambal Sardin – RM3.50
- Rendang Kerang – RM6.00
- Tambah lauk utama pun boleh – RM6.00 hingga RM8.00
Jadi, tak payah pening kepala nak cari tempat lunch lagi. Terus je plan makan dekat Teh Tarik Place — lauk padu, air sejuk, harga mesra!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Teh Tarik Place atau halaman Facebook mereka sekarang!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian