Burger King Malaysia melancarkan kolaborasi eksklusif bersama siri anime popular, Naruto, bermula 21 Julai hingga 31 Ogos 2025, lengkap dengan mainan dan T-shirt edisi terhad yang pasti mencuri perhatian.
King Jr. Meal dengan Mainan Naruto

Dengan setiap pembelian King Jr. Meal, pelanggan akan menerima satu daripada lapan mainan Naruto edisi terhad secara rawak. Hidangan disertakan bersama kentang goreng dan minuman, serta pilihan menu:
- 4pcs Nuggets Set
- Cheeseburger Set
- Chick N’ Crisp Set
Mainan ini tidak dijual berasingan dan hanya boleh didapati selagi stok masih ada.
T-Shirt Naruto Edisi Terhad

Dengan setiap pembelian Sate Burger (Sate Burger XL Beef atau Sate Tendercrisp), anda boleh menebus T-shirt Naruto pada harga RM25.90 sahaja dengan dua pilihan warna, iaitu Hitam dan Putih. Namun, ini merupakan item eksklusif yang hanya ditawarkan dalam tempoh kempen dan sangat terhad dari segi kuantiti.
Cawangan Terlibat Kolaborasi Burger King x Naruto
Kolaborasi epik antara Burger King dan Naruto kini boleh dinikmati di hampir semua cawangan Burger King di seluruh Malaysia, kecuali:
- Cawangan di lapangan terbang
- Johor Premium Outlets (JPO)
- Genting Premium Outlets (GPO)
- Mitsui Premium Outlets
- Medini Mall
- Sunway Lagoon
Apa yang lebih menarik, empat cawangan terpilih — Sunway Pyramid (Subang Jaya), Elmina Lakeside Mall (Shah Alam), Limbongan (Melaka), dan Botani Village (Ipoh) — turut menampilkan dekorasi eksklusif, termasuk pelekat bersaiz sebenar watak Naruto dan Sasuke, serta latar belakang yang diinspirasikan daripada gaya seni ikonik anime tersebut.
Promosi ini boleh dinikmati melalui pembelian secara dine-in, takeaway, drive-thru atau GrabFood (mengikut lokasi). Stok mainan dan baju-T adalah terhad, jadi jangan tunggu lama, inilah masa terbaik untuk kunjungi Burger King dan sertai dunia ninja kegemaran anda!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Burger King Malaysia sekarang!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian