Dalam rutin kerja yang sibuk, masa rehat tengah hari adalah momen paling penting setiap hari. Jadi dengan itu, TWS Great Western Food memperkenalkan penyelesaian makan tengah hari yang cepat, seimbang dan mesra bajet.
Ditubuhkan di Melaka pada tahun 2000, TWS merupakan gabungan unik sajian Western dan selera tempatan yang diinspirasikan oleh elemen Dutch (Belanda), termasuk konsep kincir angin dan penggunaan herba asli dalam perapan serta ramuan.
Apa Yang Anda Dapat?
Dengan hanya RM17.90*, anda boleh pilih satu daripada empat hidangan tempatan yang menyelerakan, lengkap dengan Sup sayur panas dan Teh Jasmine sejuk.
Pilihan menu:
- Nasi Goreng Cendawan
- Nasi Goreng Cili Padi
- Sweet & Sour Fish dengan nasi putih
- Nasi Goreng Pataya
Semua hidangan dihias cantik dengan bendera Malaysia, sesuai untuk mereka yang gemar mengambil gambar hidangan sebelum menjamu selera!
Bila dan Di Mana?
- Isnin hingga Jumaat
- 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang
Promosi ini sah untuk dine-in sahaja di cawangan TWS terpilih.
Jangan risau kalau datang awal atau lambat sedikit. Waktu lunch promo ini agak panjang, jadi untuk mereka yang kerja syif atau waktu rehat agak lewat, masih boleh menikmati promosi ini.
Terma dan Syarat
- Sah untuk makan di restoran sahaja (dine-in)
- Tidak sah pada cuti umum dan sehari sebelum cuti umum
- Tidak boleh digabungkan dengan promosi lain atau baucar diskaun
- Tidak sah untuk tempahan awal atau tempahan berkumpulan
- Harga tidak termasuk 6% SST dan 5% caj perkhidmatan
- Harga mungkin berubah mengikut promosi semasa
Untuk maklumat lanjut, lawati cawangan TWS terdekat atau layari laman web rasmi mereka sekarang!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian